SELEPAS sesuku abad Tanah Melayu dan
Malaysia bebas kembali menentukan kedaulatan sendiri untuk menyambung tradisi
dan aliran sejarah bangsa dan budayanya di Alam Melayu, orang masih juga
memperkatakan tentang asas, proses dan bentuk kebudayaan kebangsaan Malaysia. Pada prinsipnya sama ada dari segi teori, politik, sejarah, kemasyarakatan
ataupun kenegaraan, persoalan seperti ini adalah satu keganjilan dan
kejanggalan yang amat menakjubkan. Malah soalan seperti ini adalah suatu
keangkuhan yang kurang adab. Yang mempersoal sedemikian adalah menafikan segala
fakta sejarah, realiti politik, proses kebudayaan, struktur kenegaraan dan
lebih dalam lagi alam pemikiran yang logis dalam kehidupan kita di Malaysia
kini.
Fakta sejarah ribuan tahun dengan tegas
merakam kedaulatan bangsa dan kebudayaan Melayu di rantau sebelah sini sehingga
bangsa Melayu, dengan erti yang luas, telah mentakrif dan memberi
ketentuan kepada ide-ntiti wilayah ini sebagai Alam Melayu, atau
setidak-tidaknya sebagai suatu entiti geografi dan kebudayaan yang satu dan
padu dari pandangan orang luar, walau apa pun nama yang telah diberikan
kepadanya — yavadvipa, laut selatan, golden Chersonese, Malay Archipelago
ataupun tanah jawi. Segala nama dan penanda ini sejak zaman kuno
telah mengiktiraf suatu kesatuan dan keutuhan wilayah budaya, suatu kewujudan
entiti yang nyata dan jelas, yang secara struktur dalamannya adalah bersifat
Melayu.
Realiti politik masa lampau dan kini telah
menabal kedudukan kuasa, wibawa dan daulat bangsa Melayu dalam negara yang
diperintah oleh mereka. Organisasi dan struktur politik di sepanjang zaman
dalam bentuk kenegaraan imperial dari kabus-kabus zaman raigrasi bangsa Melayu
dari tanah besar Asia yang kini dinamakan Yunan beribu tahun yang lalu hingga
kepada zaman-zaman sejarah di awal kurun Masihi dengan nyata dan tegas
menentukan corak serta bentuk pemerintahan dan kedaulatan wilayah di sini dan
Tanah Melayu dan Malaysia serta negara-negara yang wujud di Alam Melayu masa
kini adalah pewarisnya yang sah. Kabut-kabut sejarah awal mem- bayangkan
wujudnya negara bangsa Melayu Champa dan Funan di kawasan yang kini menjadi
Indo-China (Vietnam dan Kampuchea) pada awal millennium Masihi, kerajaan Melayu Hindu Langkasuka (abad ke-5), kerajaan Buddha Srivijaya (abad
ke-7), Hindu Majapahit (abad ke-9), Pasai (abad ke-13),Temasik (abad ke-14),
Melaka (abad ke-15), Johor (abad ke-16), Acheh (abad ke-17), Riau-Lingga (abad
ke-18) dan Tanah Melayu serta Malaysia hingga kini. Selari dengan itu tersebar
berbagai kerajaan dan pusat pemerintahan di merata pelabuhan Alam Melayu
sebagai pernyataan kedaulatan bangsa Melayu itu selama ribuan tahun hingga
kini. Kewujudan daulat Melayu itu telah menentukan kesatuan kebudayaan dan
kebangsaan dalam alam sekitar rantau ini dan memberi identiti serta wadah
bagi perpaduan penduduknya yang telah berkembang dalam alam terpencil kepulauan
hingga mejadi amat beragam. Namun dalam keragaman yang amat itu wujud prjnsip
dan lunas kebudayaan yang menyatukan mereka dalam himpunan unit-unit leksikon
asas dan sistem bahasa, alam fikiran dan tanggapan alam tabii mereka juga
mitos-mitos kewujudan manusia.
Proses kebudayaan yang telah lama berjalan melalui tahap-tahap perkembangan dart zaman-zaman teknologi batu, logam dan keramik prasejarah hingga kepada zaman sejarah yang ditandai oleh kebangkitan empayar-empayar zaman Hindu dan Islam dan negara-negara naungan kolonial Barat secara sambung-menyambung menurunkan tradisi dan nilai serta alam fikiran yang kini menjadi jiwa dan peribadi bangsa Melayu. Struktur kenegaraan dari ribuan tahun itu secara amat menakjubkan serta ajaib bagi bangsa Melayu terus kekal bersifat kerajaan dan mungkin akan kekal begini (meskipun banyak kerajaan dunia telah punah dan hapus) selama ia tetap didasarkan di atas prinsip kerakyatan Melayu di mana seorang atau segolongan pemerintah atau raja tegak di atas lunas kuasa “yang dipertuan” yakni “pemerintahan yang sengaja dijadikan tuan’’ oleh persetujuan antara kedua pihak dengan menghormati kedaulatan masing-masing dalam bidang hidup yang telah diwaadatkan, “Magna Carta” yang diwaadatkan itu mengakui kuasa rakyat menjadi seseorang itu tuan dengan persetujuan supaya mengelakkan dari rakyat difadhihatkan. Kini konsep ini disebut sebagai “raja alim raja disembah, raja zalim raja disanggah’’. Namun prinsip demokrasi asasi dan kerajaan berperlembagaan ini adalah sifat kenegaraan Melayu yang teguh hingga kini.
Proses kebudayaan yang telah lama berjalan melalui tahap-tahap perkembangan dart zaman-zaman teknologi batu, logam dan keramik prasejarah hingga kepada zaman sejarah yang ditandai oleh kebangkitan empayar-empayar zaman Hindu dan Islam dan negara-negara naungan kolonial Barat secara sambung-menyambung menurunkan tradisi dan nilai serta alam fikiran yang kini menjadi jiwa dan peribadi bangsa Melayu. Struktur kenegaraan dari ribuan tahun itu secara amat menakjubkan serta ajaib bagi bangsa Melayu terus kekal bersifat kerajaan dan mungkin akan kekal begini (meskipun banyak kerajaan dunia telah punah dan hapus) selama ia tetap didasarkan di atas prinsip kerakyatan Melayu di mana seorang atau segolongan pemerintah atau raja tegak di atas lunas kuasa “yang dipertuan” yakni “pemerintahan yang sengaja dijadikan tuan’’ oleh persetujuan antara kedua pihak dengan menghormati kedaulatan masing-masing dalam bidang hidup yang telah diwaadatkan, “Magna Carta” yang diwaadatkan itu mengakui kuasa rakyat menjadi seseorang itu tuan dengan persetujuan supaya mengelakkan dari rakyat difadhihatkan. Kini konsep ini disebut sebagai “raja alim raja disembah, raja zalim raja disanggah’’. Namun prinsip demokrasi asasi dan kerajaan berperlembagaan ini adalah sifat kenegaraan Melayu yang teguh hingga kini.
Justeru segala ini maka lojik manusia yang hanya dapat melihat perkembangan masa depan dari arus perjalanan sejarah dan bukan sebagai seorang ahli nujum yang dapat menerobosi tembok waktu dan tempat mesti mengakui bahawa kedaulatan bangsa dan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan tidak padan untuk disoal. Lojik ini adalah lanjutan semula jadi dari lojik sejarah dan fakta semasa. Banyak tanggapan lain tentang rangka sosiopolitik fakta masa kini yang berusaha kuat untuk menafikan serta menidakkan kewujudan fakta sejarah yang amat mendesak, competing dan.ter- pampang itu di dalam negara kita pada masa ini. Kita boleh saja menganggap ini satu kebiadapan tetapi barangkali bagi orang lain yang kuat dengan mentaliti pendatang yang transient berbuat demikian adalah perkara biasa. Sikap mereka ialah "the social construction of reality" di mana segala realiti hidup manusia adalah semata-mata hasil dari buatan dan usaha manusia dan bukan nati- jah dari kehendak alam ghaib yang berkhudrat untuk menentukan qadak dan qadar kewujudan umat manusia, yang menjadi iktikad bangsa Melayu. Kerana itu kedaulatan Melayu itu dinafikan dan dipandang sebagai suatu realiti yang boleh disusun semula sesuai dengan tanggapan mereka yang temporal dan mengetepikan bahawa realiti yang sedia ada itu adalah pernyataan waja dari suatu tanggapan pema- duan alam tabii, alam budaya dan alam ghaib yang secara nyata dan tegas dikonsepsi oleh orang Melayu sebagai “darulislam".
Dari fakta-fakta dan lojik tadi apa yang
menjadi tujuan kita di sini bukanlah mempersoal kesihatan konsep “kebudayaan
Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan” kerana itu bukan lagi persoalan
dan tidak padan pula dipersoalkan tetapi ialah memaparkan kebudayaan kebangsaan
sebagai suatu sistem konsep yang boleh menjadi rangka pemikiran, pegangan dan
penanaman luas di kalangan warganegara. Untuk dapat berbuat demikian maka kita
harus mem- punyai tunjangan teori dan konsep umum bagi menjelaskan pemikiran,
meletakkan bentuk-bentuk kebudayaan yang sedia ada pada kedudukan yang wajar
dan menyarankan sistem dan bentuk budaya yang harus berlaku. Demikian pula kita
harus mempunyai suatu pendekatan menyeluruh (holistic)
bagi mengklasifikasi kelompok dan kelakuan manusia supaya sistem konsep dan
saraan itu mencapai sifat amali dan tidak hanya suatu kemujaraban yang
mustahil.
2.Makna dan Sifat Kebudayaan
Kebudayaan meliputi segala-gala yang
terdapat dalam masyarakat termasuk segala gagasan (idea), al'atan (material)
dan bentuk pengucapan (expression). Beberapa ciri tententu kebudayaan membezakannya dari
benda-benda atau gejala bukan kebudayaan seperti sumber alam semula jadi
ataupun naluri semula jadi semua hidup-hidupan. Secara mudah kebudayaan adalah
segala ciptaan dan warisan manusia hidup bermasyarakat. Justeru itu lebih mudah
digunakan konsep sosiobudaya kerana di antara masyarakat dan kebudayaan adalah
amat sebati hingga sukar membezakannya kecuali sebagai suatu alat kajian (heuristic)
saja. Meskipun begitu kebudayaan adalah sentiasa ditanggap sebagai ciri-ciri
hidup manusia yang dipelajari, sebagai sistem pehubungan antara individu dalam
masyarakat, sebagai hasil penyesuaian anggota masyarakat dengan alam tabii
sekitarannya dan mempunyai sifat berlanjutan melebihi dari hayat hidup manusia
yang mendokongnya (supraorganik) hingga anasir itu menjadi tradisi, sejarah dan
tamadun. Kerana kesejarahannya kebudayaan sentiasa mengalami
perubahan bentuk dan kan- dungan hingga menjadi beragam.
Sifat-sifat ini adalah natijah dari
kelahirannya dalam kehidupan manusia. la pasti juga terikat kewujudan manusia
yang terkongkong oleh ikatan masa dan ruang. Perkembangan manusia melalui masa
menerbitkan kebudayaan yang sesuai untuk masanya tetapi ia juga wujud secara
supraorganik yang kekal melalui masa hingga menjadi sejarah tradisi dan
tamadun. Ini bererti walaupun ciptaan kebudayaan adalah rumusan kehidupan
manusia yang relatif dan cocok atau padan untuk tempoh masanya tetapi terdapat
juga ciri kekal atau mutlak yang sesuai sepanjang masa. Dengan itu pasti ada
ciri yang asli atau teras yang menjadi tunjang bagi perlanjutan budaya. Tanpa
tunjangan teras ini maka tidak ada perlanjutan kebudayaan dan tidak ada tamadun
atau tradisi. Maka bahagian teras adalah lebih mutlak bagi pertubuhan
peradaban.
Demikian juga kebudayaan mempunyai tempat
tumbuh dan berkembang dengan mengalami perubahan, penambahan dan pengurangan.
Ruangan tempat adalah keperluan setiap jirim atau matter dan manusia sebagai
jirim menepati ruang tetapi ia tidak menem- busi batas ruang. la tidak berada
pada dua tempat ruang sekaligus pada satu ruang tempat dan mencari kewujudan
dengan tempat itu melalui pengolahan bahan-bahan bagi memenuhi keperluan setem-
pat. la hanya dapat dipindahkan ke ruang lain pada masa lain. Maka pergerakan inilah
yang menyebar bahan kebudayaan dari tempat ke tempat dan dari masa ke masa
hingga melahirkan kontrak dan sebaran budaya dalam satu wilayah budaya. Dengan
itu bahan-bahan sebaran budaya dalam wilayah budaya. Dengan itu bahan-bahan
kebudayaan sentiasa mencapai sifat keperibadian masanya dan tempatnya. la adalah
pernyataan tegas tentang intergrasi manusia dengan alamnya. Di luar dari
masanya ia dipandang ketinggalan zaman — anakronistid, dan di luar tempatnya di
pandang asing atau janggal.
Identiti masa dan tempat ini mempunyai
makna penting di dalam persoalan kebudayaan. Dalam konteks sekitaran seragam,
kelompok yang terhad dan mendiami kawasan yang kecil seperti sebuah kabilah
atau kelompok terpencil, keperibadian budaya dipandang begitu saja, tanpa persoalan.
la adalah sifat semula jadi bangsa dan negara. Tetapi sebuah negara moden (state) bukan saja sebuah unik
geopolitik yang tegas sempadan kawasannya berbeza dari wilayah budaya bahkan
sentiasa mengandungi keragaman kelompok kecil dan sistem budaya kecil (subculture).
Berbagai proses hidup manusia melalui perjalanan sejarah dan perkembangan
penempatan. Kawasan kediaman melahirkan kepelbagaian ciri dan keragaman bentuk
kebudayaan.
Kebudayaan adalah ciptaan atau warisan
hidup bermasyarakat, iaitu hasil dari daya cipta atau kreativiti pendukungnya
dalam interaksi dengan alam ekologinya bagi memenuhi keperluan biologi menentu-
kan kelanjutan hayat — survival. Maka manusia menggunakan segala sumber sekelilingnya
secara teratur dan tersusun, mencipta alatan sebagai alat dan teknik untuk
membantu menghasilkan bahan keguna- an dan sekaligus pula menganggap sifat dan
tabiat alam semula jadi dengan peredaran siang — malam, hujan — panas, pasang —
surut, tengkujuh — kemarau, gunung — ganang, bukit dan lembah, tumbuhan dan
haiwan dan segala sumber tabii itu. Irama edaran alam semula jadi ini menjadi
jadual kerjanya untuk mengorganisasikan kegiatan supaya selaras dengan
peredaran musim dan segala irama alam itu. Demikian itu saling — tindakan
antara masyarakat manusia dengan alam tabiinya menerbitkan unsur budaya gagasan
(ideotional), alatan (technological) dan lembaga (institutional).
Manusia mencapai order di dalam konteks daya cipta ke atas sumber alam, dan
order yang paling asasi dan utama ialah hasil polisi atau negara. Maka di
dalam keteraturan dan ketenteraman negara inilah daya cipta itu mengem- bang
dan maju hingga mencapai tamadun. Unsur utama dari kewujudan polisi ialah
sistem pemerintahan atau struktur politik yang menjadi penegak dan penentu
kepada corak kebudayaan bangsanya. Bentuk polisi pada satu-satu zaman
perkembangan kebudayaan bangsa itu adalah tahap integrasi mereka dengan alam
tabii. Ketentuan itu dilakukan oleh personnel,
institusi dan nilai yang didokong oleh pemegang peranan dan kedudukan yang
berkuasa dalam pemerintahan negara, yakni golongan berdaulat dan berkuasa yang
biasanya dinamakan elit. Maka fungsi elit dalam menentukan corak budaya adalah
amat besar dan tulen. Mereka memberi kesatuan kepada keragaman budaya melalui
pengaruh mereka ke lapisan masyarakat bawah.
Keragaman budaya juga adalah hasil dari
proses perubahan diasaskan dari penemuan (discovery)
dan ciptaan (invention) serta penyerapan dari luar (diffusion).
Metalui proses ini kebudayaan diperkayakan.
Kerana bahan budaya sentiasa terikat erat
dengan identiti alamnya maka semua bahan yang diambil dari alam budaya asing
akan perlu mengalami penafsiran semula sesuai dengan sekatan baru budaya yang
mengambilnya. Sama ada proses pengambilan itu secara diffusion yang perlahan, accuturation
yang rapat berhubungan antara budaya ataupun secara domination
yang memaksakan proses pemindahan bahan antara budaya itu namun integrasi
bahan budaya sentiasa mengikut tahap-tahap pendedahan, penerimaan, pemilihan
dan akhirnya penyebatian jika didapati sesuai dengan keperluan dan-nilai
masyarakat.
3.Keragaman Kebudayaan
Demikian juga wujud keragaman hasil dari
perpindahan dan penjelajahan kelompok serumpun budaya di dalam wilayah budaya
yang sama dan juga kedatangan kelompok lain budaya dari wilayah budaya yang
lain. Kelompok serumpun memberikan budaya sukuan yang mudah sebati dengan teras
budaya induk kerana proses penyesuaian dalam alam budaya yang sama.Tetapi budaya mendatang yang bersifat serpihan budaya asing dari luar mengalami
pertemuan atau kontrak budaya yang berbeza keadaannya bergantung kepada sifat
kontrak itu. Kontrak budaya secara pertemuan aman dan beransur- ansur lebih
banyak melahirkan penyebatian anasir tetapi pertem- bungan yang keras terutama
secara taklukan domination kerapkali membawa penentangan atau kepupusan
kebudayaan. Dari segi pendokong budaya pertembungan melalui penaklukan
biasanya adalah kontrak antara dua kebudayaan yang sama lengkap dan sama tara
sekadar kekuatan teknologi yang berbeza. Pertemuan antara budaya induk tempatan
dengan kelompok pendatang secara aman adalah di antara dua budaya yang tidak
setara. Kelompok yang merantau dan menjelajah secara aman bergerak dalam
kelompok yang kecil dan terhad dan mereka hanyalah serpihan kecil dari sistem
masyarakat dan budaya yang dibawanya kerana tidak ada seseorang manusia atau
satu kelompok pun dalam mana masyarakat dan budaya yang dapat mengetahui
seluruh kandungan budayanya. Mereka yang datang bukaniah dari golongan yang “mandarin”
atau “bangsawan tetapi pembawa budaya rendah dan kasar. Maka pertemuan budaya
seperti ini adalah antara budaya induk dan serpihan budaya (part- culture)
yang rendah. Budaya serpihan pula tidak sama dengan budaya kecil (subculture)
ataupun budaya sukan (ethnic
culture) kerana kedua-dua yang terakhir adalah
tahap mikro dari budaya induk yang utuh dan sempurna. Sebaliknya budaya
serpihan adalah pecahan terhad dan terputus hubungannya dengan budaya induknya.
Budaya serpihan harus mencari pergantungan dan fungsi tertentu dengan budaya
induk yang baru dalam alam budaya baru.
Proses sejarah manusia nyata menyebabkan
banyak budaya serpihan ini terpecah dan terpisah dari induknya melalui proses
penjajahan oleh negara asing. Kelompok-kelompok manusia dipindahkan dari satu
alam budaya kepada yang lain dengan cara paksaan, eksploitasi kekejaman dan
layanan buruk. Faktor ekonomi dan politik penjajahan menganggap kumpulan orang
asing yang dipindahkan ke satu negara jajahannya adalah hanya faktor
pengeluaran atau tenaga perang yang murah untuk menyokong bilangan golongan
penjajah yang kecil yang berkuasa besar melalui penguasaan ke atas teknologi
perang dan organisasi tentera yang lebih cekap. Manusia yang dipindahkan
diambil dari golongan yang amat lemah, daif dan memerlukan. Petani-petani yang
miskin dipujuk dan dipaksa menjadi buruh dan kuli bagi sistem ekonomi di negara
jajahan dan naungan. Kumpulan yang terpisah ini kerap menjadi mangsa'tekanan
dan kekejaman kerana bukan saja»mereka itu dianggap seperti barangan ‘factor of production’
yang impersonal bahkan juga golongan bawah dan lemah di dalam sistem
budaya induk mereka. Pengangkutan mereka ke negara jajahan dan naungan adalah
sebagai kuli dan buruh sementara — transet — yang akan pulang akhirnya maka mereka boleh
dipengapakan saja.
Di dalam suasana kolonial mereka
dilindungi untuk menye- suaikan diri dengan ekologi baru. Proses ekologi budaya
yang berlaku secara sendiri dan terlindung melahirkan bersamanya strategi survival yang agresif
— termasuk kehadiran secret
society dan mafia sebagai pelindung masyarakat.
Maka dalam lindungan kuasa kolonial masyarakat serpihan ini berfungsi dalam
sistem ekonomi seperti budaya dedalu — parasitic culture
— yang ‘hanya menghisap makan dari kekayaan negara asing lalu pulang ke negara
asal. Mereka mewu- judkan struktur simbiotik — saling sokong-menyokong — dengan
golongan kolonial melalui proses ekonomi kolonial. Mereka memberi saling
bergantungan untuk wujud dan saling kokoh-mengoKoh.-Jadi premis kehadiran
masyarakat mendatang ialah penjajahan dan kolonialisme.
Kemujuran proses sejarah banyak
mengekalkan kehadiran budaya dan masyarakat serpihan setelah belajar
menyesuaikan diri dengan alam sekitar yang baru dalam lindungan kolonialisme.
Secara terlindung mereka dapat menyesuaikan diri berasaskan unsur-unsur budaya
asal, tetapi ekologi tempatan tidak membenarkan semua unsur budaya asal
digunakan dalam suasana baru. Teknik dan iklim temperate atau iklim sejuk tidak
sepenuhnya berguna bagi iklim kehidupan panas yang banyak hujan. Rumah dan
pakaian adalah amat berlainan. Tanaman dan cara tangkapan ikan berbeza kerana
perjalan- an alam adalah berlainan. Justeru itu lebih banyak unsur budaya tempatan
diahnbil dalam proses penyesuaian diri dengan ekologi baru itu. Demikian juga
berlaku penyerapan kelompok baru ke dalam budaya tempatan.
Demikianlah budaya serpihan itu
ditimbulkan oleh kolonialisme sebagai beban bumiputera dalam negara membangun
kini, barangkali menggantikan beban ‘the white men’s burden'.
4.Masyarakat Pelbagai
Keragaman di dalam negara baru merdeka ini
kerap dinarnakan sebagai masyarakat majmuk (plural society).
Takrif yang biasa bagi konsep ini adalah seperti yang dikemukakan oleh J.S.
Furnival yang sebenarnya mengkaji masyarakat kolonial (colonial society) dan
bukan masyarakat tempatan yang merdeka. Beliau melihatbeberapa buah masyarakat
berdampingan antara satu sama lain tetapi tidak berlnteraksi kecuali di
pasar-pasar saja. Kerana itu masing-masing membawa diri sendiri
tanpa suatu perhubungan yang erat tetapi ke semuanya dikuasai pula oleh
segolongan kecil pemerintahan kolonial di atas mereka. Sistem kolonial itu
memberi wadah kepada kesa- tuan masyarakat di tanah jajahan. Ciri utama yang
ditekankan oleh Furnival ialah kewujudan berdampingan tanpa interaksi yang mendalam, tetapi secara permukaan sahaja dan itu pun dalam suatu pasar yang
formal.
Berdasarkan takrif Furnival ini maka dapat
dikatakan bahawa premis utama masyarakat majmuk ialah adanya keterasingan
fungsi di antara kelompok-kelompok masyarakat yang berlainan tradisi dan mereka
pula dinaungi oleh sebuah golongan dominan kolonial. Masing-masing saling
tidak bergaul. Jika premis kolonial itu menjadi asas masyarakat majmuk, dan di
dalam keadaan merdeka masyarakat bumiputera telah berfungsi sebagai masyarakat
induk yang serba merangkum maka premis utama kemajmukan itu tidak lagi wujud.
Demikian pula interaksi antara kelompok berlaku dengan hebat dalam semua bidang
kehidupan, lapisan masyarakat dan sistem kemasyarakatan dan kebudayaan. Justeru
itu tidak wajar lagi menyifatkan masyarakat negara merdeka sebagai masyarakat
majmuk. Ini adalah salah tanggap yang barangkali sengaja dikekalkan sebagai
ideologi politik bagi meneruskan suatu kepentingan dan niat perkauman serta
mentaliti kolonialisme bagi mencabar kedudukan bangsa induk. Apa yang wujud
ialah suatu kepelbagaian atau keragaman di dalam lingkungan sistem induk
berasaskan teras budaya peribumi.
Masyarakat kolonial dapat ditanggap
sebagai sebuah tungku berkaki tiga. Di atasnya sebuah lingkungan yang menguasai
kaki yang menegakkannya. Golongan kolonial menduduki lingkungan atas yang
berkuasa, masyarakat-masyarakat lain di bawah mendokongnya. Sebaliknya
masyarakat merdeka selepas zaman kolonial adalah seperti sebuah tepak yang mempunyai
badan induk yang serba melingkungi cembul-cembul kecil masing-masing dengan
isinya. Ataupun sebagai sebatang sungai besar yang berpunca jauh di hulunya dan
di sepanjang alirannya ia dimasuki pula oleh beberapa buah anak sungai kecil
yang turut menjadikan batang sungai arah ke hilir, semakin besar dan luas.
Demikian itu serrilia bahagian adalah turut terlibat di dalam arusnya.
Justeru itu masyarakat negara merdeka
mempunyai bentuk yang amat berbeza dari masyarakat kolonial. Masyarakat induk
peribumi kini dengan sendiri dan wajar kembali menjadi teras kemasyarakatan dan
kebudayaan sebagai penyambung yang lojis dari status naungan yang telah
dijanjikan di antaranya dengan golongan kolonial sebelumnya. Jika pertembungan
awal antara peribumi dan kolonial adalah bersifat penaklukan oleh golongan
kolonial maka penaklukan itu mungkin diakhiri dengan pemberontakan sebagai
proses keras mengembalikan perlanjutan tradisi peribumi itu. Tindakan seperti
ini tidak perlu bagi . status naungan di antara kerajaan kolonial dengan
kerajaan peribumi yang dinaungi. Kesannya adalah sama: mengembalikan status
peribumi sebagai pemerintah dan masyarakat teras bagi negaranya yang bebas dari
selubungan sistem kolonial.
Jadi persoalan kita ialah bagaimanakah
golongan mendatang yang digalakkan serta dilindungi oleh sistem kolonial dulu
itu harus menyelesaikan masaiah mereka berintegrasi di dalam konteks negara dan
masyarakat berteras keperibumian. Ini adalah masaiah parochial masyarakat
mendatang, masyarakat serpihan dan bukan masaiah nasional. Apakah mereka mahu
terus kekal di dalam kepompong budaya asal yang telah pula berubah dengan
penyesuaian dalam ekologi baru. Ataukah mereka mahu hidup dalam suatu cultural imperative
dan territorial imperative (kepastian budaya dan tempatan) seperti fenomenan ‘Chinatown’,
‘ghettho’ ataupun ‘diaspora’ di mana budaya asal mereka terus wujud dan mereka
terus menjadi ‘singkek’, terkurung di dalam tembok budaya dan masyarakat lama
itu tanpa interaksi dengan arus kebangsaan dalam negara seluruhnya. Apakah
mereka terus diang- gap ‘kuli’. Ataukah mereka mahu menyertai qJan terlibat,
yang sudah pasti menuntut perubahan yang amat radikal dalam sikap dan pegangan
mereka dan mesti cukup terbuka untuk menerima segala pasti menuntut perubahan
yang amat radikal dalam sikap dan pegangan mereka dan mesti cukup terbuka untuk
menerima segala yang tempatan dan bersama menjadi penyambung megah kepada
tradisi ekologi dan kenegaraan ribuan tahun ini. Tanpa perubahan radikal dalam
budaya maka kedudukan dan fungsi golongan mendatang di dalam konteks negara
merdeka yang mempunyai tradisi peribumi yang kukuh dan kuat dan sentiasa goyah
dan ‘asing’.
Lebih-lebih lagi jika mereka mengekalkan
pemikiran atau mentaliti transient, ‘dagang’ dan ‘immigratisme’ di mana negara sempat
wujud hanya merupakan tempat singgah dan bukan tempat menyata- kan seluruh dan
sepenuh kesetiaan jiwa dan semangat, pengucapan dan orientasi. Selama itu berlaku
maka budaya mendatang tetap dagang dan asing sifatnya.
Masyarakat negara merdeka seiepas zaman
kolonial ternyata menegakkan sistem pemerintahan moden yang demokratis tetapi
ber- asaskan kelanjutan kedaulatan dan kewibawaan peribumi terutama sebagai
ketua negara yang berdaulat tertinggi. Masyarakat men- datang sebagai serpihan
masyarakat asal mereka amat bergantung kehidupan kepada niat dan kehendak
masyarakat teras peribumi. Kedudukan adalah ditakrifkan oleh masyarakat teras.
Meskipun biasanya kedudukan itu telah ditakrifkan dan ditentukan di dalam
sebuah Perlembagaan negara yang biasanya disifatkan sebagai kom- promi
demokrasi di antara masyarakat peribumi dengan masyarakat mendatang namun
kompromi itu adalah sekadar memberi golongan mendatang itu tempat hidup. Lebih
dari itu memerlukan perubahan sikap dan orientasi yang radikal dan banyak untuk
dapat hidup dan berfungsi sepenuhnya di dalam organisasi dan struktur baru di
mana kedudukan masyarakat peribumi tetap teras dan pusat. Masyarakat mendatang
yang telah masuk ke dalam lingkungan kenegaraan peribumi itu merupakan
warganegara yang harus menyertai sistem teras dan kebangsaan. Penyertaan di
dalam wadah dan sistem budaya induk ini bermakna mereka telah terlibat sepenuh
dengan proses kebangsaan.
Perbincangan konsep terdahulu menekankan
bahawa kebudayaan kebangsaan itu mestilah berasaskan kebudayaan Melayu dan
tidak dapat digalakkan persaingan oleh unsur-unsur asing sebagai alternatif.
Persaingan kebudayaan bererti mencabar kedudukan ulung bangsa Melayu serta
kuasa dan daulatnya. Ini tidak dapat tidak akan melahirkan perjuangan antara
sistem-sistem budaya kebangsaan dengan budaya kaum. Cabaran seperti ini tidak
akan dibiarkan berlaku begitu sahaja tanpa reaksi dalam masyarakat. Justeru itu
harus ada suatu sikap menerima dan menghormati kedudukan .utama kebudayaan
Melayu yang serba merangkum dari kalangan kelompok kaum lain. Dan keutamaan itu
jangan diertikan sebagai sekatan kebebasan individu untuk hidup seperti yang
dimahukannya.
Demikian juga pembenaan kebudayaan lebih
wajar ditanggap
sebagai penerapan nilai dan penyertaan
dalam bentuk-bentuk budaya kebangsaan secara rela dan kemahuan sendiri oleh
individu- individu suatu penyerapan suatu kelompok. Memang wajar diakui bahawa
setiap kelompok mempunyai pegangan identiti bagi keperluan association
atau pergabungan diri dalam satu kelompok yang lebih besar. Tetapi identiti
kelompok harus berfungsi hanya pada tahap kelompok itu saja dan tidak
digembeling dalam politik untuk naik mencabar ke tahap kebangsaan. Identiti
kelompok kaum atau etnik harus tinggal sebagai sistem kecil dalam sistem
nasional kerana ia lebih terbatas dan berbeza dari teras identiti nasional.
Apakala identiti kaumdan etnik yang asing rupa dan sifatnya apa lagi sebagai
serpihan tradisi kecil dari budaya luar, mahu dikembangkan sebagai alter-
natif maka sikap dan tindakan ini memancarkan keasingan warganegara itu padahal
tradisi budaya kebangsaan kita — pada isi dan bentuk — cukup banyak untuk
bersama dimajukan. Demikian juga per- juangan mengembangkan ciri budaya asing
itu adalah gambaran tentang sikap ‘dagang’. Warganegara keturunan luar yang
belum mendapat akar umbinya di negara ini. Selama adanya emotional resistance
dan tanggapan berorientasi keluar ini maka selama itu kedudukan mereka masih
dipersoalkan dan diragui. Mereka tidak dapat memberi sum- bangan positif
terhadap pembihaan kebudayaan kebangsaan Malaysia moden dari tradisi negara ini
sendiri tetapi berpegang kepada tradisi negara asal anakronistik dan janggal
pada pandangan kita maka mereka kekal sebagai keturunan asing. Justeru itu
setiap warganegara yang sudah diiktiraf sebagai warganegara Malaysia wajar
membuat penen- tuan positif terhadap kebudayaan dan undang-undang yang
menjadikan mereka warganegara, yakni Perlembagaan Negara.
Sudah pasti penerimaan kedudukan sebagai
warganegara — yakni anggota sebuah negara — membawa bersamanya obligasi in-
dividu untuk menerima dan mengamalkan sepenuhnya sistem kebudayaan dan
nilai-nilai serta menyertai bentuk-bentuk budaya yang menjadi perinsip hidup
dalam negara ini. Kerakyatan barangkali adalah suatu hak status yang diberi
dengan takrifan khusus dalam Perlembagaan. Maka penerimaannya
adalah juga kerelaan untuk
menerima implikasinya. Apakala implikasi
ini ditolak maka sudah pasti juga hak kerakyatan itu boleh dipersoalkan.
Keanggotaan seseorang pada tahap negara mesti dibezakan dan diutamakan dari
keanggotaan dalam kelompok kaum sendiri. Seorang warganegara bergantung hidup
dan rezeki kepada negaranya kerana itu mempunyai obligasi besar untuk tunduk di
bawah kehendak negaranya itu. Kelompok kaum mereka tidak ada fungsi demikian
dan keahlian kaum adalah tidak bermakna tanpa negara. Justeru itu setiap
individu perlukan negara lebih dari kaumnya.
Segala implikasi statusnya menjadi
obligasi setiap warganegara dan bukan hanya menerima implikasi itu secara
terpilih (selective), mana yang disukai dipertahankan sebagai legitimate
dan yang lain ditinggalkan atau dipersoal sebagai paksaan. Kelakuan begini
tidak seragam (inconsistent): mulut menerima tetapi hati dan perbuatan menolak dan
melakukan sesuatu yang bertentangan pula. Ini adalah sifat ‘munafik' dan ‘kemunafikan’
begini tidak dapat digalakkan dalam negara kita. Dengan demikian adalah wajar
penerapan sistem budaya itu berlaku sebagai suatu yang biasa dan rutin dan
bukan dilihat sebagai suatu paksaan di luar dari kebiasaan hidup seorang
manusia.
Perlembagaan yang menjadi asas kewujudan
bangsa adalah suatu piagam yang dikanunkan hasil dari pemikiran yang waras dan
bermakna. la tidak lengkap. Namun kelahiran dan penggubalan piagam seperti ini
adalah sama seperti piagam mana-mana institusi atau kelompok yang berinteraksi
hebat dengan alam tabiinya. Piagam itu adalah kodifikasi dasar dari tradisi dan
kebudayaan masyarakat- nya. Maka disamping memanjangnya kepada bumi tanahairnya
melalui pengekalan dan pengokohan institusi teras — sistem pemerintahan- nya
beraja berasaskan tradisi polity Melayu — ia juga memberi tempat kepada kehadiran
kaum mendatang.18 Penentuan secara am hubungan antara masyarakat
induk dengan kelompok serpihan mendatang bukanlah suatu kompromi seperti yang
didakwa oleh kebanyakan orang mengenai Perlembagaan itu. Dilihat dari segi isi dan
konteks sekalipun tafsiran ini adalah tidak wajar dan menyim- pang kerana hak
yang ditakrit khusus adalah untuk setiap orang warganegara Malaysia dan bukan
kelompoknya kecuali bagi masyarakat induk yakni Melayu. Sebagai individu
wa'rganegara harus mempunyai kebebasan untuk melakukan apa yang wajar dan baik
bagi dirinya dan keluarganya. Maka ia diberi hak asasi itu tetapi itu tidak
pula bererti ia harus berfikir sebagai satu kelompok lalu mencabar nilai dan
institusi teras Perlembagaan.
Kita tidak perlu mentafsir satu-satu fasal
untuk membuktikan mana-mana pendapat tetapi cukup untuk menyatakan bahawa kewujudan
dan perjalanan Perlembagaan itu amat bergantung kepada sistem beraja negara ini20
dan sistem ini adalah kemuncak dari .sistem sosiopolitik Melayu dan didukung
kuat oleh masyarakat Melayu sebagai suatu yang mutlak dan mulia dalam negara
ini. Kita tidak dapat menyama-tarakan kedudukan sistem sosiopolitik Melayu yang
agung (supreme) dan utuh dengan kehadiran kelompok kecil lain yang
wujud dengan ihsan perlembagaan itu sendiri. Maka sifat dan makna utama ini
mesti disedari dan diakui oleh warganegara.
Implikasi dari sifat utama perlembagaan
ini ialah keistimewaan kedudukan Melayu (yang seharusnya bukan menjadi mauduk
perbin- cangan) sebagai fakta masyarakat yang jitu dengan sejarah dan kewujudan
negara ini. Walau apapun kealpaan dan kelalaian para pemim- pin negara ketika
menggubal perlembagaan itu namun kini fakta ini jangan lagi menjadi 'tione of contention’
kerana ia adalah teras kewujudan negara ini. Jika unsur utama dari sistem
kebudayaan Melayu, yakni sistem sosiopolitiknya sudah ditabal menjadi teras
negara maka dengan sendirinya sistem lain turut sama berfungsi sedemikian.
Semua sistem sosiobudaya adalah saling sokong-menyokong untuk bertugas
sepenuhnya secara menyeluruh tanpa menjadi lemah. Jadi jika sistem ‘raja’ itu
menjadi teras negara maka segala sistem sosiobudaya yang berkait dengan raja
mesti turut selaras berfungsi. Ini bererti segala sistem sosial, agama, politik,
perundangan, pendidikan, nilai dan norma, bahasa, pengucapan seni dan segalanya
mesti selaras sebagai suatu entiti, satu kesatuan yang menyeluruh merangkumi
setiap bidang hidup anggota masyarakat dan warganegara di sini. Keseluruhan itu harus
diterapkan sebagai cara hidup yang beridentiti sebagai pembeza tegas dalam
hubungan antarabangsa seluruh dunia.
Sistem kebudayaan Melayu sudah lama
berupaya memberi teras dan wadah bagi kewujudan rakyat negara berbagai ragam
dan sifat. Zaman ini bukanlah pertama kali bangsa Melayu mengandungi berbagai
asal dan keturunan manusia di dalamnya. Sudah berkurun gejala ini berlaku
demikian sehingga rupa bangsa yang dinamakan Melayu itu jarang sekali
diiktirafkan dengan mudah dan begitu sahaja. Rupa wajah ‘hitam manis’ adalah
satu jangka warna dan bukan hanya hitam, kuning atau putih. Alam Melayu sendiri
mengandungi cukup ramai kelompok manusia, ratusan kelompok suku bangsa wujud
ber- dampingan dan mengalami kesatuan jiwa (psychic unity) yang nyata.
Demikian pula sekian ramai rakyat dari alam budaya asing yang telah dapat
mencari kesenangan dan kebahagiaan dalam lengkungan budaya Melayu sehingga
telah berada di ambang masyarakat Melayu hanya tidak masuk sepenuhnya saja. Maka penyerapan dan pemaduan berbagai kelompok ke dalam sistem sosiobudaya
Melayu ini adalah alasan yang amat kuat dan mendesak (compelling) untuk kita
terus berada di dalamnya terutama pada zaman ini di mana desakan budaya luar
cukup kuat ke atas diri dan jiwa kita terutama kepada anak-anak dan generasi
muda. Mereka harus mempunyai suatu pola atau corak yang tegas untuk berpegang
dalam menghadapi desakan itu tanpa terumbang-ambing di dalam pencarian di
antara berbagai pola yang merugikan masa dan tenaga muda.
Tugas kita sekarang ialah untuk menerapkan
segala corak budaya kita ke dalam hidup semua warganegara dan membawa mereka ke
pangkuan masyarakat. Semua warganegara walau apapun asal keturunan mereka mesti
mendapat kedudukan di dalam sistem itu dengan meresapi nilai dan bentuknya dan
tidak terus terbiar sebagai ‘orang asing’ atau ‘orang dagang’ yang merantau
untuk sementara lalu terbang pergi ke negara asing pula. Manusia perlukan
akar umbi dalam negaranya sendiri dan tunjangan itu didapati melalui pendirian
tegas di atas buminya dan bukan di atas tradisi
bumi lain. Kita tidak dapat lagi membiarkan wujud
kelompok-kelompok terbiar dan merempat dalam kalangan kita seperti ‘ghetto'
atau ‘Chinatown’ sehingga fenomenan ini menjadi duri dalam daging akan menjadi
punca ancaman dalam masyarakat dan negara. Zaman merdeka ini tidak ada alasan
untuk keterasingan (alienation) sebarang kelompok rakyat dan terus terkurung di dalam
mentaliti ‘immigrantisme’ sepertimana zaman kolonial yang sengaja memisahkan
kita untuk kepentingan politik penjajahan manusia. Setiap gerakan politik masa
kini yang mahu mengekalkan mentaliti kolonial serta menentang arus kema- juan
masyarakat di dalam suatu wadah kebudayaan kebangsaan perlu didedah dan
diasingkan.
Fungsi ini lebih-lebih lagi utama bagi
kalangan anak-anak Malaysia yang bakal menjadi pewaris sah kepada pemerintahan
negara ini. Mereka harus dapat menegakkan identiti negara dengan penuh bangga
dan bermaruah di kalangan bangsa-bangsa seluruh dunia. Mereka tidak wajar
diajarkan ciri asing dari luar alam budayanya yang tidak relevan kepada kewujudan
mereka sebagai warganegara. Ke- napa perlu anak-anak kita belajar bahasa asing
jika itu hanya beban kepada pembinaan dan kemajuan peribadinya sebagai rakyat
Malaysia yang mempunyai bahasa sendiri. Bahasa tambahan seperti bahasa kedua
atau ketiga hanya perlu bagi tugas mendapatkan ilmu dalam bahasa lain itu untuk
memperkaya dan membangun kebudayaan kita sendiri. Apakala bahasa itu menjadi
kok dan rantai yang melemahkan peribadi mereka serta memecahkan keutuhan
identiti mereka maka tidak ada alasan yang jitu bagi pembelajaran yang
demikian. Sistem pelajaran kita mesti menurun dan menanamkan satu sistem nilai
dan satu alat pengucapan — bahasa Malaysia — bagi warganegara mudanya. Kita
perlu ringankan beban anak kita yang terpaksa belajar berbagai bahasa yang
tidak relevan dan menanam orientasi asing dan mereka terus merasa
asing dalam negara mereka. Ini adalah dosa (guilt) yang akan ditanggung
oleh kita dalam sejarah nanti. Maka di sinilah kita harus membuang kepentingan parochial (perkauman) dan primordial (asal)
yang anakranistik dan terlibat sepenuhnya di dalam arus per- jalanan sistem kebangsaan.
6.Teras Kebangsaan
Apa yang sering ditakrif dan dipandang
sebagai anasir kebudayaan kebangsaan adalah keseluruhan hasil dan ciri budaya
yang berlaku dalam sistem kemasyarakatan pada tahap kebangsaan yakni
sistem-sistem yang serba merangkum dan melibatkan semua masyarakat dan
menentukan corak hidup mereka. la berbeza dari segi tahap penyertaan dengan
sistem budaya tempatan (local culture)
dan sukuan (suku bangsa). Antara budaya
dan kesatuan asasi sehingga mudah bertukar-ganti unsur apakala anasir tempatan
dan sukuan diamalkan oleh golongan atasan yang berkuasa menggerak- kan sistem
kebangsaan. Sistem kebangsaan juga terpisah dari budaya serpihan yang berada di
luarnya. Budaya serpihan menjadi pinggiran yang memerlukan kedudukan, pengiktirafan
dan penerimaan ke dalam sistem kebangsaan. la menempat kepada sistem kebangsaan
yang besar dan berpengaruh. Perjalanan sistem-sistem ini adalah diten- tukan
oleh golongan atasan yang elit dan mereka pula menegaskan nilai-nilai tinggi
dan mulia di dalam sistem itu. Jadi manifestasi kebudayaan kebangsaan yang
paling tinggi ialah penegasan yang dikemukakan oleh golongan berkuasa dan elit
sehingga anasir kebudayaan itu mencapai ciri ‘harus’, ‘tinggi’, ‘mulia’ dan ‘berdaulat’.
Keseluruhan tradisi ini kerap dinamakan ‘tradisi agung’ (great tradition).
Maka corak budaya inilah yang kerap menjadi identiti bangsa serta mentakrif
keperibadian bangsa itu di mata orang lain.
Penegasan golongan elit terhadapnya bukan
saja menentukan apakah yang bersifat kebangsaan bahkan memperkukuh pula
kedudukan elit itu. Keterlibatan secara mendalam oleh golongan elit di dalam
penciptaannya sama ada secara langsung atau sebagai penaung adalah proses
yang sentiasa berlaku bagi meningkatkan bentuk-bentuk asas dan anasir gubalan
yang berlaku pada tahap rakyat bawahan yang biasanya dikenal sebagai ‘tradisi
kecil’ (little tradition). Oleh kerana pada tahap hidup rakyat yang daif, tidak
berada dan sara diri (subsistance) segala penciptaan adalah semata-mata untuk kegunaan
semerta (utility) serta kemudahannya (simplicity) maka
segala ciptaan yang segera dan hebat digunakan cepat punah dan tidak kekal.
Sebaliknya dalam suasana hidup golongan elit yang mewah, senang-lenang,
berkuasa dan berilmu maka ciptaan mereka sendiri atau di bawah naungan mereka
adalah kerana sifat estatiknya
dan keindahan seninya yang ingin dinikmati
sepanjang masa, disim- pan serta dipertaruh untuk kewujudan abadi dan asli.
Maka segala ciptaan dan karya di peringkat ini akan mencapai mutu yang tinggi
serta membawa makna dan pengertian mendalam dengan penghalusan, perlambangan
dan filsafat tertentu termaktub di dalamnya. Justeru itu proses kehidupan elit
yang mewah dan bukan sara diri atau perlu bergelut dengan masa dan kehendak
asasi manusia mencipta seni untuk penikmatan yang senang-lenang dan abadi.
Sebuah kerusi, misalnya, yang gunanya untuk duduk dengan cara mudah dapat
dibina. Dengan hanya mencantumkan beberapa batang tiang, lantai duduk dan
sandaran maka alat kerusi telah siap bagi kegunaannya. Tetapi alat ini
mendapat penghalusan ciptaan, keragaman bentuk, kepelbagaian rupa binaan,
keindahan hiasan dengan ukiran, tatah emas, perada atau mutiara dan ditambah
pula dengan. penge- naan unsur mistik dan magik maka menjadi ia sebuah
singgahsana raja. Demikian juga berbagai alatan, institusi dan sistem nilai
akan sentiasa mengalami penghalusan (elaboration) begini pada tahap elit. Ciri
halus dan tinggi inilah yang sentiasa menjadi identiti kebangsaan. Nilai dan
institusi kebudayaan Melayu banyak memberi kehalusan kepada ketertiban kelakuan
manusia seperti terkandung di dalam institusi istiadatnya.
Kekuasaan budaya elit ini tidak pula
bermakna budaya rakyat itu terbuang kerana budaya rakyat ini adalah asas dan
puncanya. Hanya arah perkembangan saja yang meningkatkan ciri serta rupanya.
Kerana itu golongan yang berkuasa secara kreatif (creative power)
yang menggunakan kuasa untuk kemajuan dan kebajikan bangsanya adalah pembina
tamadun dan peradaban. Mereka mencipta melalui visi dan idealisme dan
mempernyatakan dalam bentuk sistem, nilai dan ciptaan atau dengan kemasukan bahan
budaya luar. Kuasa itu hanya memberi keupayaan kepadanya untuk menggem- bleng
tenaga, pemikiran, bakat dan kemahiran semua golongan warganegara untuk
mencapai pernyataan bagi visi dan idealismenya. Maka secara langsung dan
kreatif mereka membentuk kebudayaan dan peradaban bangsanya.
Visi dan idealisme pula berfungsi di dalam
sistem nilai dan institusi teras masyarakat dan bangsanya.24 Nilai
teras ini adalah anasir yang memberi dan mengekalkan order atau ketenteraman
masyarakat yang sentiasa perlu ditegaskan (affirm) oleh pemegang kuasa
tanpa kejanggalan. Apakala berlaku kejanggalan tindakan maka nilai teras akan
memeriksa semula fungsi dan kedudukan pemegang kuasa itu. Jadi terdapat sifat ‘dynamic potentialities’
(potensi 'ketegasan) dalam perjalanan sistem kuasa dan ini menjadi punca kepada
p§rtimbangan diri (self-judgement) terhadap corak kelakuan orang-orang yang berperanan.
Natijahnya ialah penggantian pemegang kuasa apabila berlaku kejanggalan dengan
sistem nilai dan pengokohan kuasa terhadap penegasan nilai.
Suasana ini menjadi sifat sistem
masyarakat dan sistem kuasa demokratis di mana pemegang kuasa itu adalah dari
berbagai golongan dan asas dan mereka berpecah kepada kepentingan golongan.
Sifat fragmentation atau kepuakan ini melahirkan edaran elit (elit circulation)
dan juga muafakat elit (elite
concensus) di dalam sistem kuasa. Justeru itu
muafakat elit ini amat perlu diperhatikan serta ditimbangkan supaya tidak
melencung dari nilai teras yang akan mengesani' masyarakat dan kebudayaan.
Segala keputusan elit perlulah bersifat sejajar dengan kehendak masyarakat.
Jika mereka kreatif maka masyarakat akan maju tetapi jika hanya consumeristic - senang
menggunakan anasir budaya asing — maka masyarakat juga bersifat demikian.
7. Keragaman dan Kesatuan Sistem
Kebangsaan
Keragaman budaya alam Melayu kelihatan
pada keragaman suku bangsanya namun pada itu mereka disatukan oleh satu rumpun
bahasa dan juga tanggapan alam — worldview atau weltanschaung. Kedua-dua asas ini sentiasa menjadi prinsip penyatuan
sekalian ragam sistem dan kandungan kebudayaan yang terdapat di alam Melayu.
Maka prinsip-prinsip ini juga dapat menjadi rangka kesatuan kebudayaan
kebangsaan Malaysia. Ditambah lagi dengan beberapa nilai tertentu maka keseluruhan
perpaduan kebudayaan itu akan tercapai.
Serumpun bahasa-bahasa Nusantara sudah
cukup dibuktikan oleh ramai oenakaji dalam dan luar negara hingga dapat
digolongkan bahasa-bahasa itu ke dalam golongan bahasa Melayu-Polinesia yang tersebar
di seluruh Asia Tenggara, Taiwan, Madagaskar, hingga ke kepulauan Pacific.
Ciri-ciri bahasa serumpun ini dapat menjadi sumber yang amat luas dan besar
bagi pembinaan bahasa dan segala jenis struktur yang perlu bagi sesebuah bahasa
agung di Asia dan dunia. Dalam usaha itu semua warganegara Malaysia mempunyai
peranan untuk memperkaya dan memperbanyak isi kandungannya dan memperluas
daerah penyebarannya. Maka di sinilah punca kemegahan bagi semua rakyat kerana
turut menyertai usaha pembina- an hak bersama ini.
Keseragaman tanggapan alam kebudayaan
Melayu dan semua suku bangsa alam Melayu terpancar di dalam sistem sosiobudaya
yang dinamakan adat.26 Meskipun perkataan adat berasal dari bahasa
Arab namun ia telah masuk ke dalam tanggapan dan kognitif kebudayaan alam
Melayu untuk memerikan kebudayaan mereka. Istilah kebudayaan hanya lumrah
digunakan semenjak Perang Dunia II. Sebelum itu dan di sepanjang sejarah bangsa
Meiayu istilah adat adalah kebudayaan. Semua naskah sastera Melayu lama dan
sastera suku bangsa alam Melayu menggunakan konsep ini untuk kebudayaan mereka.
Maka dalam pengertian yang luas dan mendalam konsep adat dapat digunakan bagi
menyatukan segala jenis keragaman dalam kebudayaan.
Rumusan yang paling tegas dan jelas
mengenai adat terdapat di dalam masyarakat Minangkabau, satu dari suku bangsa
Melayu yang amat terkemuka dalam proses perkembangan budaya moden. Antara
Iain-lain konsep adat ditegaskan melalui empat tahap:
i)adat yang sebenar adat
ii)adat yang teradat
iii)adat yang diadatkan
iv)adat istiadat.
Berbagai-bagai takrif telah dikemukakan
tentang pengertian konsep-konsep ini. Walau apapun pengertian itu ternyata
bahawa di dalam semua kelompok suku bangsa alam Melayu tanggapan ini tetap
berlaku. Dari prinsip umum itu terbit pula berbagai-bagai prinsip khusus dalam
seluruh bidang kehidupan masyarakat. Tanpa perlu menghurai terlalu lanjut maka
cukuplah untuk mengatakan bahawa di dalam keempat tahap pengertian itu
terkandung tanggapan terhadap ‘hukum alam’ atau tabiat alam, prinsip
kemasyarakatan yang sedia dipegang kuat dan menjadi asas pergerakan masyarakat,
prinsip yang boleh berubah dan baru diterima oleh masyarakat dan juga segala
kaedah serta tatatertib untuk melakukan sesuatu secara betul. Jadi kaedah yang
terdapat dalam adat adalah jelmaan dari sistem sosiobudaya yang telah mantap
menyesuaikan dirinya dengan tabiat alam dan ekologinya sendiri. Segala
prinsip-prinsip kebudayaan luar yang datang sama ada bersifat Islam, Kristian,
Hindu atau Buddha di alam Melayu melahirkan keragaman budaya sukuan.
Sekarang ini konsep adat telah disempit
dan ditentangkan maknanya dengan keagamaan, perundangan, ilmu pengetahuan dan
sebagainya. Namun asas kesatuannya masih berlaku pada masa ini. Di antara
prinsip terkemuka adat ialah kenisbian cara hidup manusia dan kerana itu juga
sistemnya menjadi lembutfflezible), dan kesalingan interaksi manusia (reciprocity).
a) kenisbian atau relativity ini diucapkan
sebagai 'lain padang lain belalang' dan kerana itu setiap orang mempunyai adat
sendiri. Begitu juga setiap bidang kehidupan mempunyai cara dan kaedah sendiri.
Maka bukan saja adat Cina, adat India atau adat Melayu tetapi juga ada adat
bertani, berdagang, adat laut dan sebagainya. Kesatuan segi dipegang bagi
keselarasan seluruh masyarakat. Apakala telah dimuafakatkan maka jadilah sistem
itu yang induk dan agung dan harus dipegang kuat.
b) saling perhubungan antara manusia
secara reciprocal mem- pastikan keadilan hubungan itu. Ciri keadilan
ini adalah terlalu agung dalam kebudayaan Melayu dan diucapkan sebagai ‘biar
mati anak jangan mati adat’ — walau anak sekalipun yang melanggar hukum,
undang-undang dan segala peraturan masyarakat maka adalah menjadi
tanggungjawab kita menentukan keadilan hukum itu walaupun si -anak akan
menerima akibatnya. Jadi keadilan dalam hubungan antara manusia adalah nilai
paling tinggi yang diwariskan oleh adat Melayu dalam negara moden.
8. Prinsip Pembinaan Kebudayaan Kebangsaan
Sekian banyak telah dibincang, dihurai dan
digubal bagi tujuan pembinaan kebudayaan kebangsaan Malaysia. Dari Perlembagaan yang tinggi sebagai piagam bangsa dan negara kepada prinsip dan nilai muafakat
dalam Rukunegara hingga kepada penggubalan Dasar Kebudayan rasmi
yang ada masa kini dan juga be- berapa saranan lain yang dilakukan oleh
berbagai golongan berkepentingan bersabit dengannya. Maka apa yang dipaparkan
berikut ini adalah usaha melihat secara menyeluruh sistem sosio- budaya itu
sebagai satu kesatuan yang erat saling berfungsi dengan cara selaras dan
bermakna. Beberapa saranan lain telah menge- mukakan prinsip kebudayaan dalam
erti yang amat terbatas dan khusus. Ataupun dalam erti satu bidang seni tampak
yang amat kecil dari segi seluruh kehidupan bangsa Malaysia. Adajugapenegasan
terhadap nilai-nilai utama tanpa tekanan kepada keseluruhan sistem dan bentuk
kebudayaan. Namun saranan berikut ini juga tidak selengkap dan setegas yang
mungkin kerana keterbatasan sebuah kertas seperti ini. Sebagai sistem
kebudayaan dalam erti yang luas maka segala yang berkaitan dengan hidup bangsa
adalah kebudayaan. Oleh kerana erti seperti ini amat luas maka kita membezakan
tiga bidang a) sistem sosiobudaya, b) nilai sosiobudaya, c) bentuk-bentuk
pengucapan. Semua ini berlaku sekaligus dalam satu-satu fenomena kehidupan
sosial. Seorang yang menyanyi terlibat di dalam sistem perlapisan sosial,
sistem bahasa, nilai dan etika serta juga pengucapan seni suara, seni muzik
dan seni sastera. Jadi keseluruhan yang beginilah yang sentiasa berlaku dalam
realiti hidup. Pemisahan yang dilakukan di antara anasir itu hanya sekadar
suatu cara meneliti (heuristic)
setiap sistem, nilai dan bentuk kebudayaan.
Seperti yang ditegaskan beberapa kali maka
saranan ini bertitik- tolak dari ciri masyarakat induk. Namun perubahan
masyarakat kini telah memadukan berbagai sistem, nilai dan bentuk dari berbagai
sumber maka kita harus menerima segala unsur yang telah mantap dan kekal di
dalam kebudayaan itu. Yang perlu ialah menerapkan unsur Melayu/lslam dalam
mana-mana sistem yang mungkin terlalu asing atau terlalu longgar.
Prinsip-prinsip berikut adalah
disarankan:-
i)tumpuan dan orientasi akal fikiran (mind)
terhadap negara.
ii)sistem kepercayaan ketuhanan Islam dan
takrifnya bagi sistem lain,
iii)sistem pemerintahan dan politik raja
berpelembagaan dan kedaulatan rakyat,
iv)sistem ekonomi hak individu dengan
tanggungjawab sosial yang mendalam oleh pengusaha dan pemerintah,
v)sistem kemasyarakatan terbuka untuk
mobiliti masyarakat,
vi)sistem pendidikan yang menanam
nilaikebangsaansambil mengajar ilmu bagi kesejahteraan masyarakat,
vii)sistem etika dan nilai yang tinggi
dari adat Melayu/lslam.
viii)sumber serta bentuk pengucapan seni
dari ekologi alam Melayu.
Kesemua prinsip umum ini mempunyai
salingkaitan dalam satu keseluruhan dan berfungsi sebagai satu kesatuan. Sudah
pasti sistem sosiobudaya memerlukan bumi tempat berpijak dan sumber rezeki
kepada anggota masyarakatnya. Dalam pada itu manusia sebagai anggota-anggota
masyarakatnya. Dalam pada itu manusia sebagai anggota masyarakat melahirkan
kecantikan dan segala jenis tanggapan kepada bumi yang menanggungnya. Demikian
juga sistem kepercayaan memberi saluran bagi keperluan pengertian manusia
mengenai alam ghaib dan erti hidupnya. la menjelaskan punca tanggapannya
tentang dunia dan alamnya. Sistem politik adalah utama dalam melahirkan
ketenteraman hidup bermasyarakat. Pembahagian kuasa antara individu dan
kelompok tertentu melahirkan order bagi menjalankan hidup yang teratur. Sistem
ekonomi berfungsi mengatur pembahagian sumber alam untuk menyara hidup manusia
dan penggunaannya amat bergan- tung kepada kaedah ekonomi yang dipegang. Sistem
sosial memberi hubungan yang am bagi berlakunya kegiatan lain termasuk politik
dan ekonomi dan sistem kekeluargaannya memberi asas bagi pendewa- saan anggota
masyarakat. Sistem pendidikan akan menanam nilai- nilai yang dipegang oleh
masyarakat kepada generasi muda mereka. Sistem etika serta nilai ini memberi
panduan kepada kelakuan yang wajar dan diterima sebagai b'enar dan betul bagi
masyarakat. la melicinkan hubungan antara manusia. Akhirnya sistem seni atau
estetika adalah pengucapan emosi dan perasaan manusia dalam bentuk teratur dan
indah hingga mengenepikan segala kekerasan yang mungkin dilakukan melalui
gerakan jasmaniah atau fizikal. Maka unsur-unsur kebudayaan Melayu akan memberi
identiti alam Melayu kepada sistem itu. Identiti ini yang membezakan sistem
penyesuaian manusia dari satu alam budaya dengan yang lain.
i)Orientasi Kenegaraan
Rasa cinta terhadap negara adalah suatu
yang semula jadi. Emosi ini memberi makna dalam proses faham kebangsaan atau
nasionalisme. la adalah kecintaan yang terbit dari kesedaran bahawa manusia
harus mempunyai tempat untuk hidup dan mati. Manusia mempunyai akar umbi tempat
mencurahkan rasa bangga dan kemegahan pencapaiannya. Masyarakat Melayu telah
mencapai in- tegrasi jiwa dan semangat dengan negaranya dan tidak ragu lagi
untuk menyebutnya sebagai ‘ibu pertiwi’. Indentifikasi sehingga ke peringkat
inilah yang harus dicapai oleh setiap warganegara dan sedia untuk mempertahankannya
dari rampasan dan penaklukan. Masyarakat dan kebudayaan manusia tidak dapat
wujud tanpa suatu penempatan dan ini meminta suatu emosi dan rasa kepunyaan
terhadap wilayah sebagai suatu ‘territorial
imperative'. Rasa yang demikianlah
mendorong orang membayar dengan nyawa dan harta benda untuk bertahan dari
menjadi orang pelarian. Maka identifikasi jiwa dengan negara sendiri ini bukan
hanya terpancar pada kata-kata bahkan pada segala jenis pengucapan dan
perbuatan. Bagi orang Melayu tidak ada lagi negerinya yang lain.
ii)Sistem Kepercayaan
Sistem kepercayaan memberi makna kepada
hidup manusia dan menjawab soal kenapa ia wujud dan apakah alam ghaib. Dalam
kewujudan yang demikian setiap orang bebas untuk berpegang kepada sesuatu sisem
kepercayaan. Namun di Malaysia Islam telah bertapak dan erat beridentiti dengan
kebudayaan Melayu. Tidak mungkin lagi ada-sistem yang lain bagi kebudayaan itu.
Demikian juga negaranya telah ditangap sebagai ‘darulislam’. Tidak ada legitimacy
pada kuasa pemerintahan kecuali dalam hubungan dengan keredaan secara Islam.
Dengan itu Islam adalah anasir dinamis dalam kebudayaan Melayu. la menentukan
sistem nilai baik—buruk, salah—benar, halal— haram. Di Malaysia segala-gala
harus diuktar dari pandangan Islam Jika ketoebasan agama telah dijamin oleh
Islam maka itu bermakna bahawa setiap warganegara berhak kepada sistem
kepercayaan- nya, tetapi tidak wajar pula orang melakukan sesuatu yang terang-
terang menentang Islam seperti mendirikan patung yang tinggi padahal ini adalah
kesyirikan paling besar dalam Islam. Demikian juga segala kesahihan, keharaman,
kepasikan dan kemungkaran harus diukur dari kaca mata Islam.
iii) Sistem Politik
Sistem beraja berpelembagaan dan
mesyuwarah berparlimen telah diterima sebagai sistem pemerintahan di negara
ini. Secara tradisi gagasan kedaulatan rakyat sebagai punca kuasa terdapat
dalam ideologi kerajaan Melayu. Sistem pemerintahan yang ada masa kini adalah
juga pernyataan konkrit terhadap sejarah dan tradisi itu. Demikian juga sistem
mesyuwarah di antara pemegang kuasa adalah pernyataan dari muafakat yang banyak
berlaku dalam kehidupan orang Melayu. Jadi sistem ini wajar dipertahankan.
Malah ciri persetiaan atau perjanjian antara rakyat dan raja dalam konsfep ‘yang
dipertuan’ wajar menjadi nilai politik dalam negara ini. Setiap orang yang
berkuasa adalah tertakluk kepada kerelaan rakyat menjadikannya ‘tuan’ dan bukan
sebagai hak yang sewenang dipegang tanpa sedar tentang asas waadat yang menjadi
tunjangnya. Raja adalah puncak keadilan dan kesentosaan rakyat dan bukan sarang
kejahilan atau kemungkaran. Inilah yang wajar dipertahankan dan semua sistem
sosiobudaya dapat mengarahkan fungsinya bagi kelanjutan nilai mulia itu.
Sebaliknya apakala sistem itu tidak dapat memainkan peranannya seperti
dimanipulasi untuk tujuan tertentu dan merugikan rakyat maka harus ada ‘self-judgement’.
Maka pengekalan nilai kuasa politik Melayu itu adalah utama dalam proses
kebudayaan ini. Pada setiap peringkat kesedaran politik itu mesti ada dan
perasa terhadap ancaman terhadapnya.
iv. Sistem Ekonomi
Tradisi ekonomi kerajaan Melayu adalah
juga permodalan meskipun ia berlaku dalam rangka feudal. Kini asas sistem yang
sama telah diterima dan'wajar dikekalkan. la mengakui individu untuk menjalankan usahanya Sesuai dengan kebolehannya. Namun nilai ekonomi yang wajar
ditanam sebagai proses kebudayaan ialah kebajikan warganegara dan bukan
himpunan harta kekayaan yang sebanyaknya untuk kegunaan sendiri tanpa satu
obligasi sosial yang kuat dan rela. Apakala orang terlalu memikirkan tentang
kesenangan peribadi tanpa suatu dorongan untuk kebajikan warganegara seluruhnya
padahal wujudnya adalah juga dengan pengembelingan tenaga warganegara maka mungkin
kekayaan itu dilonggok atau dilabur di luar dengan membawa keuntungan sendiri
saja. Justeru itu wajar sekali ditanam nilai kebajikan dan amanah dalam
pengembelingan sumber alam. Kerana itu perlu ada sekadar campur tangan
pemerintahan bagi mempastikan amanah dan kebajikan itu berjalan dan bukan
hanya untuk kepentingan diri yang berusaha. Mesti ada pembahagian adil terhadap
penghasilan negara dan menjamin taraf kebajikan yang tinggi serta mutu
kehidupan yang selesa bagi semua.
v)Sistem Sosial
Tradisi kebudayaan Melayu mewujudkan
sistem perlapisan masyarakat yang agak ketat di mana manusia disusun dalam
hierarki tinggi rendah dan dalam ‘bangsa’ yang tertentu — bangsawan, merdeka
dan sahaya. Sistem ini telah banyak berubah dan wajar dikekalkan terbuka untuk
menjamin pencapaian mutu hidup bagi setiap rakyat. Sistem kelas terbuka memberi
peluang kepada pernyataan bakat dan kebolehan. Namun kerana pengekalan sistem
beraja maka sudah pasti wujud suatu bentuk sistem kelas yang mirip
kebangsawanan kecuali ia adalah sistem terbuka. la juga harus berdasarkan
kepada bakti dan kesetiaan kepada negara dan bukan kerana kelahiran atau asas
yang boleh mengenepikan seorang individu dari mencapai ketinggian hidupnya.
vi)Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan harus merupakan saluran
untuk menurunkan dan menerapkan nilai-nilai dan kemahiran yang wajar bagi
masyarakat. la harus menurunkan nilai keadilan yang menyokong sistem
pemerintahan, kecintaan pada negara, kfeluhuran dan kebak-
tian kepada Tuhan, hak individu dan
tanggungjawab sosial dalam peng- gunaan sumber negara keilmuan dan kebolehan
manusia maju dan mencapai setinggi kedudukan dalam masyarakat pegangan kepada
budi yang tinggi dan mulia dengan menghargai nilai kehidupan manusia dan
pengucapan seni yang bermoral dan bernilai kemanusiaan ter- tinggi. Dalam hal
ini amat wajar dijalankan sistem pengajaran ber- tunjangkan kebudayaan dan
nilai kenegaraan dari hanya pengajaran kemahiran yang tidak mempunyai dimensi
budaya.
vii)Sistem Etika dan Nilai
Sistem etika tertinggi dalam kebudayaan
Melayu ialah budi dengan segala lapisan maknanya. Sekurang-kurangnya tiga
lapisan makna dapat dijelaskan bagi tujuan pegangan masyarakat seluruh.
i)berbudi dengan erti berilmu berhemah
tinggi dan bijaksana. Nilai ini ialah pertimbangan waras dan adil. Dalam segala
perbuatan akan menggunakan budi bicara dan perasa kepada kepentingan orang
lain.
ii)pekerti yang berakhlak dan bermoral
tanpa menggunakan kejahatan atau nafsu bagi tujuan hidup. Konsep budi dalam
erti moral ini berkait rapat dengan erti malu berbuat jahat. iii) Perbuatan
baik dan kesediaan memberi bantuan kepada orang lain. Nilai ini berkait rapat
dengan sifat dermawan. Maka gabungan segala nilai ini melahirkan peribadi ‘budiman’
sebagai seorang ‘perfect gentleman’ yang berhemah tinggi, berakhlak mulia dan
bertimbang rasa. Banyak lagi konsep nilai dan tatatertib yang dapat
diperkembang dari konsep budi ini dan segalanya adalah berkait dengan pembinaan
peradaban.
viii)Pengucapan Seni
Seni adalah pengucapan mengenai perasaan
melalui saluran tertentu. Dalam hal ini bahasa banyak digunakan dan alam
menjadi sumber ilhamnya. Bagi pembinaan kebudayaan kebangsaan maka adalah wajar
bahawa bahasa Malaysia itu menjadi adat dan saluran- nya dan alam negara
sebagai sumber ilham. Kemahiran kita dalam bahasa asing hingga memungkinkan
pengucapan dengannya tidak dapat memperdaya seni kerana bahasa mempunyai
hubungan kognitif yang amat erat dan padu dengan alamnya. Dengan itu pengucapan
dengan bahasa asing tidak dapat memancarkan erti budaya kita. Demikian juga
alam yang menjadi sumber ilhamnya harus berpunca dari alamsekitaran sendiri.
Meskipun pengucapan boleh bertemakan suatu peristiwa sejagat atau nilai sejagat
namun pewarnaan setempat adalah sebahagian dari intisari hidup dalam alam
sendiri. Kita beridentifikasi dengan nilai dan sekitaran
setempat dan bukan dengan unsur luar dan asing. Identiti yang terlalu banyak
keluar lebih men- dorong untuk memuja hal orang lain. Justeru itulah kita amat
tidak senang dengan bentuk pengucapan dari anasir luar kerana nilai, makna dan
simbolnya adalah janggal dengan perasaan serta pengetahuan kita. Pengucapan
dengan simbol naga misalnya, dan segala pewarna serta perlakuannya adalah amat
janggal dan kasar di dalam Cognition alam Melayu. Segala metos dan legenda
rantau sini menempatkan naga sebagai lambang keburukan serta kehancuran.
Apalagi dengan perlakuan serta perwarnaan garang amat memperkuat erti kerosakan
itu. Justeru itu tidak mungkin pengucupan seni seperti ini dapat menjadi
bahagian dari kebudayaan kebangsaan. Jika ia merupakan lambang kekuasaan maka
ia adalah kekuasaan yang jahat dan membawa kehancuran. Maka setiap orang yang
mahu kebudayaan yang demikian tidak wajar menjadi bahagian dari masyarakat
kebangsaan. Dengan itu adalah satu keperluan pengucapan seni ini didasarkan
kepada sumber alam kita dan bukan dari luar yang kerap membawa makna dan nilai
yang tidak berguna kepada kehidupan, kebajikan dan peribadi kita.
Demikianlah kita berharap pembinaan budaya
yang unggul dan maju dengan membawa bentuk sendiri dalam dunia yang terlalu pesat
menjadi seragam oleh kepesatan hubungan. Kita berharap juga suatu masyarakat
yang kreatif dalam segala bidang dan membawa rasa setia yang teguh kepada
bangsa dan negaranya. Kita dapat duduk megah dan bangga di antara bangsa-bangsa
tanpa ragu terhadap keupayaan- nya serta pegangan kebudayaan kita. Justeru itu
kita harus dapat menerapkan kepada semua warganegara sistem-sistem dan nilai
itu dan melahirkan golongan elit yang kreatif dalam menggunakan kuasa dan
wibawanya. Bukannya elit pengguna yang senang membeli dari orang ataupun senang
pergi ke negeri orang untuk menghabiskan kekayaan lalu melupakan kebajikan
warganegaranya. Dengan kesedaran dan orientasi mendalam terhadap negara dan
bangsa. Insya-Allah kita akan sejahtera.
Bahasa; asas pengucapan; sebaran alam
Melayu, Pasifik; ciri struktur; bahasa dan budaya, asas pengucapan, daya cipta,
bentuk-bentuk ucapan, pandangan dunia, nilai.
Tulisan; rencong, jawi — khat, rumi.
Sastera; intelektual — konteks
perkembangan; bentuk pengucapan bahasa, prosa, puisi; asas ciptaan, lisan,
tulisan.
1.Lisan — masyarakat tradisi tidak
menggunakan tulisan; hiburan, aturan, ajaran, kritik sosial.
i) Puisi; jampi, endoi, pantun, teka-teki,
dikir barat, jenaka, pepatah, teromba, peribahasa bebas.
ii)Prosa; penglipur lara, cerita rakyat,
romans, jenaka, asal usul -legenda, cerita binatang, metos.
2.Tulisan — tradisi asal; punca ciptaan —
jawi, rumi tulisan tangan; naskhah asal, batu — prasasti, daun lontar, kertas,
kain, cetak batu, cetak moden.
i)Puisi; syair; gurindam, seloka, nazam,
bacaan agama ratib, masnawi, rubai, sajak — soneta, sajak bebas.
ii)Prosa — ciptaan zaman Islam, tinggalan
zaman Hindu; reaksi zaman kedatangan barat, roman — hikayat; panji, berbingkai,
pahlawan — epik, Islam, Melayu-Panji; politik — Tajul Salatin; Sejarah — Islam,
tempatan; Undang-undang, adat, shariah; tarikah, usuludin; zaman moden — masa
kini - asas perkembangan, pengaruh Inggeris, sekular — Islam, sastera Islam,
pendidikan barat; ilmu sekular, akademik; Konsep sastera moden, literary,
ilimiah Literary; novel, cerpen esei, kritikan, drama, terjemahan.
iii) Perkembangan ilmu dan pendidikan
barat: sastera moden sebagai lanjutan sastera tradisi dan barat, bidang
kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, ilmu sains tabii, ilmu dan pemikiran.
Teater; tradisi teater, permainan,
penglipur lara, ritual, dikir barat, mak yong, wayang kulit, randai, dabus,
sandiwara/purbawara, bangsawan, drama pentas, teater. masa kini.
Lagu dan Muzik;
1.Lagu dan nyanyian, dendang, pantun,
gurindam, syair, seloka; permainan kanak-kanak, endoi — dodii.
2.Muzik tradisi — alat mudah; nyanyi
rakyat, serunai — padi, daun, seruling, bangsi, gong, gendang, rebana, kompang,
tambor. Alat tali; kecapi, rebab.
Alat gema — percussion;
engkromong, gamelan, cak lempong. Notation muzik.
3.Muzik dan lagu kini — biola dari barat;
gong, gendang, rentak, lagu asli, langgam, keroncong, sariosa, ghazal, pop.
Tarian — tarian sebagai hiburan;
permainan, ritual, teater, tarian rakyat, keramaian, perkahwinan, perubatan — sacred, tari inai — lilin,
pulut; joget, gendang, tandak, zapin; tarian istana asyek, inang, gamelan,
kareografi masa kini.
Lukisan; Tradisi lukisan — hiasan, wau;
kerjatangan, tekatan, anyaman, batik, tiada tradisi benda dan orang — garis,
geometri, konsep Islam.
Tradisi moden, realisme, inpressionisme,
cubisme, dan Iain-lain.
Ukiran; ukiran pada tukangan, binaan,
alatan, hiasan; bahan-bahan kayu, tempurung, logam tembikar; ukiran timbul,
ukiran tebuk, ukiran awan larat; sulur bakong; naga-naga; patung-patung; nanas;
pucuk rebung.
Tukangan: kemahiran menggunakan bahan
sekitaran — sebagai alat budaya dengan unsur-unsur seni; corak bahan — bentuk
dan corak asas, lilitan, awan larat, geometri. (i)- Logam — istiadat - alatan,
hiasan diri, makan minum, rumahtangga, emas dan perak, kewangan, rantai,
pending, cincin, cucuk sanggul, tindik, subang, kerongsang, butang, tatah intan
permata: perak — alatan makan minum, istiadat, hiasan diri, hiasan rumah;
tembaga, diri, gobek, rumah —
masak-memasak, rumah;
istiadat, perasapan, bejana, cepu, dulang.
besi — senjata; alat-alat tani.
pertukangan.
timah — siaat lembut; bahan campuran
tembaga, bahan
jualan.
(ii)Tembikar — bahan, cara, bentuk alatan;
labu — kendi, periuk, pasu.
(iii)Anyaman — bahan, mengkuang, pandan,
buluh, rotan, bemban; cara anyaman, kelarai — jenis, motif — bentuk.
(iv)Kayu — alatan, pertanian, senjata,
rumah, peribadi, permainan, muzik, istiadat/ritual.
(v)Tempurung — alatan, rumah, hiasan
peribadi.
Buluh — alatan; muzik, rumah, ritual.
(vi)Kain — cara tenunan; ikat, tenunan
Jenis songket; bertabur, pucuk rebung.
Batik; corak, retak seribu, bunga.
Lipatan kain; tengkolok, istiadat
(vii)Benang — nanas; kapas, emas, perak,
nanas Tekatan; — benang emas, corak
Jahitan; — kaitan, sulaman, jahitan —
tulang belut, karap.
Pakaian: martabat dan suasana; bahan,
kapas, sutera; biasa, rakyat bangsawan, bahan pakaian, warna, adat baju Melayu,
wanita, kurung, kebaya; panjang, Kedah, pendek; kemban, tudung, selendang,
tetampan; pakaian-pakaian lelaki, tengkolok, destar, baju; teluk belanga, cekak
musang; seluar, potong Cina, pesak, samping. Hiasan pakaian wanita; sanggul
cucuk, pending, rantai kerongsang, gelang, cincin.
Senjata dan silat;
1.Senjata — jenis senjata; meriam, lela,
panah, kerambit, lawi, tumbuk lada, keris, panjang, pendek, lok; lembing,
tombok, pedang, golok, badik, sumpit, serampang, senapang, pemuras, pisau.
Bahan — besi, tembaga, emas, perak; buatan — bentuk, nama, cara tempa; ritual —
jampi, serapah, perbuatan; petua - ukuran, perbuatan, simpanan, jagaan.
2.Silat — pertahanan diri, sikap; langkah,
bunga, petua, ritual.
Permainan — kanak-kanak, guli, galah,
seremban, congkak, kanda-
kondi; dewasa — lelaki, wanita; lelaki —
gasing, layang-layang, sepak raga, berburu — hobi; wanita — main puteri,
tarian.
Alatan — pertanian; nelayan; buruan —
senjata perangkap, jerat.
Binaan — rumah; jenis bentuk, bahagian
dalam, luar, ukuran, hiasan dalam, luar; jenis rumah, Melaka, limas; bahagian
rumah, lantai, dinding, atap, bumbung, tangga; jenis hiasan — naga-naga, kipas,
nanas, dreneng.
Nota:
-Sekurang-kurangnya terdapat empat pendekatan mengenai kebudayaan
kebangsaan di Malaysia Masing-masing adalah seperti berikut meskipun tidak
terdapat penanggapan yang jelas mengenainya oleh golongan yang terlibat. i)
pluralisme — dianjurkan oleh berbagai gerakan politik bukan bumiputera terutama
DAP dan MCA serta gerakan kebudayaan yang sehaluan dengan mereka, ii),
integrasi — dianjurkan oleh golongan politik dan gerakan kebudayaan
nasionalisme Melayu terutama dalam zaman sebelum kemer- dekaan. Golongan ini
menganjurkan faham kerakyatan dan kewarganega- raan Melayu, iii) universalisme
— yang dianjurkan oleh berbagai gerakan sosial agama yang melihat nilai Islam
sebagai sejagat. Golongan ini terbahagi kepada dua: (1) lebih liberal dengan
mengakui nilai-nilai sejagat dari semua kelompok dan (2) lebih tepat kepada
nilai-nilai sejagat Islam dengan disokong oleh sebahagian besar masyarakat
Islam yang mengajurkan konsep 'addin’, iv) akultrasi — dianjurkan oleh golongan
rasmi dan nasionalis pen- didikan barat di mana prinsip budaya ialah berasaskan
teras peribumi. Dalam golongan ini terdapat beberapa pendekatan yang sama
tetapi berlainan tekanan: a) melalui keseimbangan pencapaian ekonomi, b) teras
nilai Melayu dan peribumi. (Lihat juga kertas Dr. Firdaus Abdullah, “Politik
Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia — Satu Perbincangan Awal’, Pertemuan Dunia Melayu, Disember,
1982, Melaka).
-Kajian mengenai asal usul kebudayaan Melayu belum tegas menyetu- jui
sesuatu tarikh tetapi pada umumnya menjangka kehadiran manusia ber- tamadun di
Alam Melayu dengan sistem polity
tertentu pada kira-kira 3000 hingga 2000 S.M. (lihat R. Linton, The Tree of Culture, 1955:47; S.
Husin Ali, Orang Melayu,
1979:13)
Paul
Wheatley The Golden Chersonese,
1961, Bab III, menyebut berbagai nama yang dikenakan kepada kawasan Alam
Melayu seperti terdapat dari sumber-sumber sastera India — Yavadvipa (pulau emas),
Suvarnabhumi (tanah emas). Dari sumber-sumber China pula terdapat nama wilayah
K'unlun (orang pulau). Wheatley juga menyebut peta Ptolemy dari Iskandariah
pada awal kurun Masehi yang menamakan wilayah ini sebagai golden Chersonese (semenanjung emas) lalu
menjadi nama bukunya sendiri.
-Seperti kata Profesor G. Coedes, “To a great extent it was undoubtedly
this unity of culture that led to the Chinese to group the diverse peoples of
Farther India together under the name K’un-lun.” (The Indianized States of South East Asia, 1968:9)
-Profesor D.G. Hall, dalam membincang tentang kerajaan awal di Asia
Tenggara dari sumber-sumber India, Eropah dan China mendapati Funan (Lin-yi)
sebagai terdiri dari ras Melayu: "The Funanese were of Malay race — in its
widest ethnic sense.” (A History of
South East Asia, 1964:25). Nama asal negara ini ialah B'iu-nam yakni asal gelaran rajanya.
Bentuk moden perka- taan ini ialah phnom
(gunung). Barangkali terdapat hubungan makna kuno di antara kata-kata phnom dengan ‘gunung’ dalam bahasa
Melayu.
-Profesor R. Linton dalam membincang tentang kebudayaan Malayo- Polynesia
menyebutkan bahawa, “The relative
isolation of many of the islands and the general tendency of the
Malayo-Polynesians to live in small, en- dogemous tribes, or even villages
which avoid outside contacts, has provided an excellent opportunity for the
study of the results of independent culture growth. One finds every conceivable
change rung on a small series of culture themes which are present almost everywhere."
(The Tree of Culture, 1958:49)
-Adat di sini membawa erti yang amat luas dan dapat dianggap sebagai makna
asasi dan asal dalam kebudayaan Melayu. Lihat penjelasan lanjut mengenai
berbagai-bagai lapis dan tahap makna adat dalam Moh. Koesnoe, Catatan-Catatan Terhadap Hukum Adat Dewasa
Ini, 1979. Lihat juga S. Takdir Alisjahbana, 1972.
Belum ada
suatu kajian mengenai Perlembagaan sebagai suatu hasil dan sumber kebudayaan
meskipun hal ini sudah disedari. Justeru itu semua tafsiran lebih me'rupakan
pandangan perundangan daripada rumusan tentang suatu cara hidup atau kebudayaan
sebuah bangsa.
-Rukunegara
adalah rumusan dari mesyuarat Majlis Gerakan Negara dan dirasmikan pada 31 Ogos
1969 sebagai asas nilai untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang padu. Lihat
Ghazali Shafie, Malaysia: Nilai
politik dan Budaya, ed Yahya Ismail, 1978.
-Dasar Kebudayaan adalah hasil dari Kongres Kebudayaan Kebangsaan, Ogos
1S71, di Universiti Malaya. Kuala Lumpur dan kemudian segala rumusannya
diintisarikan oleh tiga konsep dasar yang diterima sebagai dasar rasmi, Lihat
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Asas Kebudayaan Kebangsaan, 1973; Aziz Deraman, Masyarakat dan
Kebudayaan di Malaysia. KKBS 1975
-Beberapa tulisan lain mengenai kebudayaan dan kemasyarakatan dilakukan
oleh gerakan Aliran (Apakah Dia Kebudayaan Nasional), sebuah risalah, 1,982:
Seminar MCA (Malaysian Chinese Association) dan tulisan- tulisan Lim Kit Siang.
Lihat juga Malik Munip, Tuntutan Melayu,
dan Ismail Hussein, Sastera dan
Masyarakat. 1975.