"" Gedung Puisi Nusantara

Friday, June 10, 2016

Konsep Kebudayaan Kebangsaan Malaysia


Prof. Madya Dr. Zainal Kling
SELEPAS sesuku abad Tanah Melayu dan Malaysia bebas kembali menentukan kedaulatan sendiri untuk menyambung tradisi dan aliran sejarah bangsa dan budayanya di Alam Melayu, orang masih juga memperkatakan tentang asas, proses dan bentuk kebudayaan kebangsaan Malaysia. Pada prinsipnya sama ada dari segi teori, politik, sejarah, kemasyarakatan ataupun kenegaraan, persoalan seperti ini adalah satu keganjilan dan kejanggalan yang amat menakjubkan. Malah soalan seperti ini adalah suatu keangkuhan yang kurang adab. Yang mempersoal sedemikian adalah menafikan segala fakta sejarah, realiti politik, proses kebudayaan, struktur kenegaraan dan lebih dalam lagi alam pemikiran yang logis dalam kehidupan kita di Malaysia kini.
Fakta sejarah ribuan tahun dengan tegas merakam kedaulatan bangsa dan kebudayaan Melayu di rantau sebelah sini sehingga bangsa Melayu, dengan erti yang luas, telah mentakrif dan memberi ketentuan kepada ide-ntiti wilayah ini sebagai Alam Melayu, atau setidak-tidaknya sebagai suatu entiti geografi dan kebudayaan yang satu dan padu dari pandangan orang luar, walau apa pun nama yang telah diberikan kepadanya — yavadvipa, laut selatan, golden Cher­sonese, Malay Archipelago ataupun tanah jawi. Segala nama dan penanda ini sejak zaman kuno telah mengiktiraf suatu kesatuan dan keutuhan wilayah budaya, suatu kewujudan entiti yang nyata dan jelas, yang secara struktur dalamannya adalah bersifat Melayu.
Realiti politik masa lampau dan kini telah menabal kedudukan kuasa, wibawa dan daulat bangsa Melayu dalam negara yang diperintah oleh mereka. Organisasi dan struktur politik di sepanjang zaman dalam bentuk kenegaraan imperial dari kabus-kabus zaman raigrasi bangsa Melayu dari tanah besar Asia yang kini dinamakan Yunan beribu tahun yang lalu hingga kepada zaman-zaman sejarah di awal kurun Masihi dengan nyata dan tegas menentukan corak serta bentuk pemerintahan dan kedaulatan wilayah di sini dan Tanah Melayu dan Malaysia serta negara-negara yang wujud di Alam Melayu masa kini adalah pewarisnya yang sah. Kabut-kabut sejarah awal mem- bayangkan wujudnya negara bangsa Melayu Champa dan Funan di kawasan yang kini menjadi Indo-China (Vietnam dan Kampuchea) pada awal millennium Masihi, kerajaan Melayu Hindu Langkasuka (abad ke-5), kerajaan Buddha Srivijaya (abad ke-7), Hindu Majapahit (abad ke-9), Pasai (abad ke-13),Temasik (abad ke-14), Melaka (abad ke-15), Johor (abad ke-16), Acheh (abad ke-17), Riau-Lingga (abad ke-18) dan Tanah Melayu serta Malaysia hingga kini. Selari dengan itu tersebar berbagai kerajaan dan pusat pemerintahan di merata pelabuhan Alam Melayu sebagai pernyataan kedaulatan bangsa Melayu itu selama ribuan tahun hingga kini. Kewujudan daulat Melayu itu telah menentukan kesatuan kebudayaan dan kebangsaan dalam alam sekitar rantau ini dan memberi identiti serta wadah bagi perpaduan penduduknya yang telah berkembang dalam alam terpencil kepulauan hingga mejadi amat beragam. Namun dalam keragaman yang amat itu wujud prjnsip dan lunas kebudayaan yang menyatukan mereka dalam himpunan unit-unit leksikon asas dan sistem bahasa, alam fikiran dan tanggapan alam tabii mereka juga mitos-mitos kewujudan manusia.
Proses kebudayaan yang telah lama berjalan melalui tahap-tahap perkembangan dart zaman-zaman teknologi batu, logam dan keramik prasejarah hingga kepada zaman sejarah yang ditandai oleh kebangkitan empayar-empayar zaman Hindu dan Islam dan negara-negara naungan kolonial Barat secara sambung-menyambung menurunkan tradisi dan nilai serta alam fikiran yang kini menjadi jiwa dan peribadi bangsa Melayu. Struktur kenegaraan dari ribuan tahun itu secara amat menakjubkan serta ajaib bagi bangsa Melayu terus kekal bersifat kerajaan dan mungkin akan kekal begini (meskipun banyak kerajaan dunia telah punah dan hapus) selama ia tetap didasarkan di atas prinsip kerakyatan Melayu di mana seorang atau segolongan pemerintah atau raja tegak di atas lunas kuasa “yang dipertuan” yakni “pemerintahan yang sengaja dijadikan tuan’’ oleh persetujuan antara kedua pihak dengan menghormati kedaulatan masing-masing dalam bidang hidup yang telah diwaadatkan, “Magna Carta” yang diwaadatkan itu mengakui kuasa rakyat menjadi seseorang itu tuan dengan persetujuan supaya mengelakkan dari rakyat difadhihatkan. Kini konsep ini disebut sebagai “raja alim raja disembah, raja zalim raja disanggah’’. Namun prinsip demokrasi asasi dan kerajaan berperlembagaan ini adalah sifat kenegaraan Melayu yang teguh hingga kini.


Justeru segala ini maka lojik manusia yang hanya dapat melihat perkembangan masa depan dari arus perjalanan sejarah dan bukan sebagai seorang ahli nujum yang dapat menerobosi tembok waktu dan tempat mesti mengakui bahawa kedaulatan bangsa dan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan tidak padan untuk disoal. Lojik ini adalah lanjutan semula jadi dari lojik sejarah dan fakta semasa. Banyak tanggapan lain tentang rangka sosiopolitik fakta masa kini yang berusaha kuat untuk menafikan serta menidakkan kewujudan fakta sejarah yang amat mendesak, competing dan.ter- pampang itu di dalam negara kita pada masa ini. Kita boleh saja menganggap ini satu kebiadapan tetapi barangkali bagi orang lain yang kuat dengan mentaliti pendatang yang transient berbuat demikian adalah perkara biasa. Sikap mereka ialah "the social con­struction of reality" di mana segala realiti hidup manusia adalah semata-mata hasil dari buatan dan usaha manusia dan bukan nati- jah dari kehendak alam ghaib yang berkhudrat untuk menentukan qadak dan qadar kewujudan umat manusia, yang menjadi iktikad bangsa Melayu. Kerana itu kedaulatan Melayu itu dinafikan dan dipandang sebagai suatu realiti yang boleh disusun semula sesuai dengan tang­gapan mereka yang temporal dan mengetepikan bahawa realiti yang sedia ada itu adalah pernyataan waja dari suatu tanggapan pema- duan alam tabii, alam budaya dan alam ghaib yang secara nyata dan tegas dikonsepsi oleh orang Melayu sebagai “darulislam".
Dari fakta-fakta dan lojik tadi apa yang menjadi tujuan kita di sini bukanlah mempersoal kesihatan konsep “kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan” kerana itu bukan lagi persoalan dan tidak padan pula dipersoalkan tetapi ialah memaparkan kebudayaan kebangsaan sebagai suatu sistem konsep yang boleh menjadi rangka pemikiran, pegangan dan penanaman luas di kalangan warganegara. Untuk dapat berbuat demikian maka kita harus mem- punyai tunjangan teori dan konsep umum bagi menjelaskan pemikiran, meletakkan bentuk-bentuk kebudayaan yang sedia ada pada kedudukan yang wajar dan menyarankan sistem dan bentuk budaya yang harus berlaku. Demikian pula kita harus mempunyai suatu pendekatan menyeluruh (holistic) bagi mengklasifikasi kelompok dan kelakuan manusia supaya sistem konsep dan saraan itu mencapai sifat amali dan tidak hanya suatu kemujaraban yang mustahil.
2.Makna dan Sifat Kebudayaan
Kebudayaan meliputi segala-gala yang terdapat dalam masyarakat termasuk segala gagasan (idea), al'atan (material) dan bentuk pengucapan (expression). Beberapa ciri tententu kebudayaan membezakannya dari benda-benda atau gejala bukan kebudayaan seperti sumber alam semula jadi ataupun naluri semula jadi semua hidup-hidupan. Secara mudah kebudayaan adalah segala ciptaan dan warisan manusia hidup bermasyarakat. Justeru itu lebih mudah digunakan konsep sosiobudaya kerana di antara masyarakat dan kebudayaan adalah amat sebati hingga sukar membezakannya kecuali sebagai suatu alat kajian (heuristic) saja. Meskipun begitu kebudayaan adalah sentiasa ditanggap sebagai ciri-ciri hidup manusia yang dipelajari, sebagai sistem pehubungan antara individu dalam masyarakat, sebagai hasil penyesuaian anggota masyarakat dengan alam tabii sekitarannya dan mempunyai sifat berlanjutan melebihi dari hayat hidup manusia yang mendokongnya (supraorganik) hingga anasir itu menjadi tradisi, sejarah dan tamadun. Kerana kesejarahannya kebudayaan sentiasa mengalami perubahan bentuk dan kan- dungan hingga menjadi beragam.
Sifat-sifat ini adalah natijah dari kelahirannya dalam kehidupan manusia. la pasti juga terikat kewujudan manusia yang terkongkong oleh ikatan masa dan ruang. Perkembangan manusia melalui masa menerbitkan kebudayaan yang sesuai untuk masanya tetapi ia juga wujud secara supraorganik yang kekal melalui masa hingga menjadi sejarah tradisi dan tamadun. Ini bererti walaupun ciptaan kebudayaan adalah rumusan kehidupan manusia yang relatif dan cocok atau padan untuk tempoh masanya tetapi terdapat juga ciri kekal atau mutlak yang sesuai sepanjang masa. Dengan itu pasti ada ciri yang asli atau teras yang menjadi tunjang bagi perlanjutan budaya. Tanpa tunjangan teras ini maka tidak ada perlanjutan kebudayaan dan tidak ada tamadun atau tradisi. Maka bahagian teras adalah lebih mutlak bagi pertubuhan peradaban.
Demikian juga kebudayaan mempunyai tempat tumbuh dan berkembang dengan mengalami perubahan, penambahan dan pengurangan. Ruangan tempat adalah keperluan setiap jirim atau mat­ter dan manusia sebagai jirim menepati ruang tetapi ia tidak menem- busi batas ruang. la tidak berada pada dua tempat ruang sekaligus pada satu ruang tempat dan mencari kewujudan dengan tempat itu melalui pengolahan bahan-bahan bagi memenuhi keperluan setem- pat. la hanya dapat dipindahkan ke ruang lain pada masa lain. Maka pergerakan inilah yang menyebar bahan kebudayaan dari tempat ke tempat dan dari masa ke masa hingga melahirkan kontrak dan sebaran budaya dalam satu wilayah budaya. Dengan itu bahan-bahan sebaran budaya dalam wilayah budaya. Dengan itu bahan-bahan kebudayaan sentiasa mencapai sifat keperibadian masanya dan tempatnya. la ada­lah pernyataan tegas tentang intergrasi manusia dengan alamnya. Di luar dari masanya ia dipandang ketinggalan zaman — anakronistid, dan di luar tempatnya di pandang asing atau janggal.
Identiti masa dan tempat ini mempunyai makna penting di dalam persoalan kebudayaan. Dalam konteks sekitaran seragam, kelompok yang terhad dan mendiami kawasan yang kecil seperti sebuah kabilah atau kelompok terpencil, keperibadian budaya dipandang begitu saja, tanpa persoalan. la adalah sifat semula jadi bangsa dan negara. Tetapi sebuah negara moden (state) bukan saja sebuah unik geopolitik yang tegas sempadan kawasannya berbeza dari wilayah budaya bahkan sentiasa mengandungi keragaman kelompok kecil dan sistem budaya kecil (subculture). Berbagai proses hidup manusia melalui perjalanan sejarah dan perkembangan penempatan. Kawasan kediaman melahirkan kepelbagaian ciri dan keragaman bentuk kebudayaan.
Kebudayaan adalah ciptaan atau warisan hidup bermasyarakat, iaitu hasil dari daya cipta atau kreativiti pendukungnya dalam interaksi dengan alam ekologinya bagi memenuhi keperluan biologi menentu- kan kelanjutan hayat — survival. Maka manusia menggunakan segala sumber sekelilingnya secara teratur dan tersusun, mencipta alatan sebagai alat dan teknik untuk membantu menghasilkan bahan keguna- an dan sekaligus pula menganggap sifat dan tabiat alam semula jadi dengan peredaran siang — malam, hujan — panas, pasang — surut, tengkujuh — kemarau, gunung — ganang, bukit dan lembah, tumbuhan dan haiwan dan segala sumber tabii itu. Irama edaran alam semula jadi ini menjadi jadual kerjanya untuk mengorganisasikan kegiatan supaya selaras dengan peredaran musim dan segala irama alam itu. Demikian itu saling — tindakan antara masyarakat manusia dengan alam tabiinya menerbitkan unsur budaya gagasan (ideotional), alatan (technological) dan lembaga (institutional). Manusia mencapai order di dalam konteks daya cipta ke atas sumber alam, dan order yang pa­ling asasi dan utama ialah hasil polisi atau negara. Maka di dalam keteraturan dan ketenteraman negara inilah daya cipta itu mengem- bang dan maju hingga mencapai tamadun. Unsur utama dari kewu­judan polisi ialah sistem pemerintahan atau struktur politik yang men­jadi penegak dan penentu kepada corak kebudayaan bangsanya. Ben­tuk polisi pada satu-satu zaman perkembangan kebudayaan bangsa itu adalah tahap integrasi mereka dengan alam tabii. Ketentuan itu dilakukan oleh personnel, institusi dan nilai yang didokong oleh pemegang peranan dan kedudukan yang berkuasa dalam pemerintahan negara, yakni golongan berdaulat dan berkuasa yang biasanya dinamakan elit. Maka fungsi elit dalam menentukan corak budaya adalah amat besar dan tulen. Mereka memberi kesatuan kepada keragaman budaya melalui pengaruh mereka ke lapisan masyarakat bawah.
Keragaman budaya juga adalah hasil dari proses perubahan diasaskan dari penemuan (discovery) dan ciptaan (invention) serta penyerapan dari luar (diffusion). Metalui proses ini kebudayaan diperkayakan.
Kerana bahan budaya sentiasa terikat erat dengan identiti alamnya maka semua bahan yang diambil dari alam budaya asing akan perlu mengalami penafsiran semula sesuai dengan sekatan baru budaya yang mengambilnya. Sama ada proses pengambilan itu secara diffusion yang perlahan, accuturation yang rapat berhubungan antara budaya ataupun secara domination yang memaksakan pro­ses pemindahan bahan antara budaya itu namun integrasi bahan budaya sentiasa mengikut tahap-tahap pendedahan, penerimaan, pemilihan dan akhirnya penyebatian jika didapati sesuai dengan keperluan dan-nilai masyarakat.
3.Keragaman Kebudayaan
Demikian juga wujud keragaman hasil dari perpindahan dan penjelajahan kelompok serumpun budaya di dalam wilayah budaya yang sama dan juga kedatangan kelompok lain budaya dari wilayah budaya yang lain. Kelompok serumpun memberikan budaya sukuan yang mudah sebati dengan teras budaya induk kerana proses penyesuaian dalam alam budaya yang sama.Tetapi budaya mendatang yang bersifat serpihan budaya asing dari luar mengalami pertemuan atau kontrak budaya yang berbeza keadaannya bergantung kepada sifat kontrak itu. Kontrak budaya secara pertemuan aman dan beransur- ansur lebih banyak melahirkan penyebatian anasir tetapi pertem- bungan yang keras terutama secara taklukan domination kerapkali membawa penentangan atau kepupusan kebudayaan. Dari segi pendokong budaya pertembungan melalui penaklukan biasanya adalah kontrak antara dua kebudayaan yang sama lengkap dan sama tara sekadar kekuatan teknologi yang berbeza. Pertemuan antara budaya induk tempatan dengan kelompok pendatang secara aman adalah di antara dua budaya yang tidak setara. Kelompok yang merantau dan menjelajah secara aman bergerak dalam kelompok yang kecil dan terhad dan mereka hanyalah serpihan kecil dari sistem masyarakat dan budaya yang dibawanya kerana tidak ada seseorang manusia atau satu kelompok pun dalam mana masyarakat dan budaya yang dapat mengetahui seluruh kandungan budayanya. Mereka yang datang bukaniah dari golongan yang “mandarin” atau “bangsawan tetapi pembawa budaya rendah dan kasar. Maka pertemuan budaya seperti ini adalah antara budaya induk dan serpihan budaya (part- culture) yang rendah. Budaya serpihan pula tidak sama dengan budaya kecil (subculture) ataupun budaya sukan (ethnic culture) kerana kedua-dua yang terakhir adalah tahap mikro dari budaya in­duk yang utuh dan sempurna. Sebaliknya budaya serpihan adalah pecahan terhad dan terputus hubungannya dengan budaya induknya. Budaya serpihan harus mencari pergantungan dan fungsi tertentu dengan budaya induk yang baru dalam alam budaya baru.
Proses sejarah manusia nyata menyebabkan banyak budaya ser­pihan ini terpecah dan terpisah dari induknya melalui proses penjajahan oleh negara asing. Kelompok-kelompok manusia dipindahkan dari satu alam budaya kepada yang lain dengan cara paksaan, eksploitasi kekejaman dan layanan buruk. Faktor ekonomi dan politik penjajahan menganggap kumpulan orang asing yang dipindahkan ke satu negara jajahannya adalah hanya faktor pengeluaran atau tenaga perang yang murah untuk menyokong bilangan golongan penjajah yang kecil yang berkuasa besar melalui penguasaan ke atas teknologi perang dan organisasi tentera yang lebih cekap. Manusia yang dipin­dahkan diambil dari golongan yang amat lemah, daif dan memerlukan. Petani-petani yang miskin dipujuk dan dipaksa menjadi buruh dan kuli bagi sistem ekonomi di negara jajahan dan naungan. Kumpulan yang terpisah ini kerap menjadi mangsa'tekanan dan kekejaman kerana bukan saja»mereka itu dianggap seperti barangan ‘factor of produc­tion’ yang impersonal bahkan juga golongan bawah dan lemah di dalam sistem budaya induk mereka. Pengangkutan mereka ke negara jajahan dan naungan adalah sebagai kuli dan buruh sementara — transet — yang akan pulang akhirnya maka mereka boleh dipengapakan saja.
Di dalam suasana kolonial mereka dilindungi untuk menye- suaikan diri dengan ekologi baru. Proses ekologi budaya yang berlaku secara sendiri dan terlindung melahirkan bersamanya strategi survival yang agresif — termasuk kehadiran secret society dan mafia sebagai pelindung masyarakat. Maka dalam lindungan kuasa kolonial masyarakat serpihan ini berfungsi dalam sistem ekonomi seperti budaya dedalu — parasitic culture — yang ‘hanya menghisap makan dari kekayaan negara asing lalu pulang ke negara asal. Mereka mewu- judkan struktur simbiotik — saling sokong-menyokong — dengan golongan kolonial melalui proses ekonomi kolonial. Mereka memberi saling bergantungan untuk wujud dan saling kokoh-mengoKoh.-Jadi premis kehadiran masyarakat mendatang ialah penjajahan dan kolonialisme.
Kemujuran proses sejarah banyak mengekalkan kehadiran budaya dan masyarakat serpihan setelah belajar menyesuaikan diri dengan alam sekitar yang baru dalam lindungan kolonialisme. Secara terlindung mereka dapat menyesuaikan diri berasaskan unsur-unsur budaya asal, tetapi ekologi tempatan tidak membenarkan semua unsur budaya asal digunakan dalam suasana baru. Teknik dan iklim temperate atau iklim sejuk tidak sepenuhnya berguna bagi iklim ke­hidupan panas yang banyak hujan. Rumah dan pakaian adalah amat berlainan. Tanaman dan cara tangkapan ikan berbeza kerana perjalan- an alam adalah berlainan. Justeru itu lebih banyak unsur budaya tem­patan diahnbil dalam proses penyesuaian diri dengan ekologi baru itu. Demikian juga berlaku penyerapan kelompok baru ke dalam budaya tempatan.
Demikianlah budaya serpihan itu ditimbulkan oleh kolonialisme sebagai beban bumiputera dalam negara membangun kini, barangkali menggantikan beban ‘the white men’s burden'.
4.Masyarakat Pelbagai
Keragaman di dalam negara baru merdeka ini kerap dinarnakan sebagai masyarakat majmuk (plural society). Takrif yang biasa bagi konsep ini adalah seperti yang dikemukakan oleh J.S. Furnival yang sebenarnya mengkaji masyarakat kolonial (colonial society) dan bukan masyarakat tempatan yang merdeka. Beliau melihatbeberapa buah masyarakat berdampingan antara satu sama lain tetapi tidak berlnteraksi kecuali di pasar-pasar saja. Kerana itu masing-masing membawa diri sendiri tanpa suatu perhubungan yang erat tetapi ke semuanya dikuasai pula oleh segolongan kecil pemerintahan kolonial di atas mereka. Sistem kolonial itu memberi wadah kepada kesa- tuan masyarakat di tanah jajahan. Ciri utama yang ditekankan oleh Furnival ialah kewujudan berdampingan tanpa interaksi yang mendalam, tetapi secara permukaan sahaja dan itu pun dalam suatu pasar yang formal.
Berdasarkan takrif Furnival ini maka dapat dikatakan bahawa premis utama masyarakat majmuk ialah adanya keterasingan fungsi di antara kelompok-kelompok masyarakat yang berlainan tradisi dan mereka pula dinaungi oleh sebuah golongan dominan kolonial. Masing-masing saling tidak bergaul. Jika premis kolonial itu menjadi asas masyarakat majmuk, dan di dalam keadaan merdeka masyarakat bumiputera telah berfungsi sebagai masyarakat induk yang serba merangkum maka premis utama kemajmukan itu tidak lagi wujud. Demikian pula interaksi antara kelompok berlaku dengan hebat dalam semua bidang kehidupan, lapisan masyarakat dan sistem kemasyarakatan dan kebudayaan. Justeru itu tidak wajar lagi menyifatkan masyarakat negara merdeka sebagai masyarakat maj­muk. Ini adalah salah tanggap yang barangkali sengaja dikekalkan sebagai ideologi politik bagi meneruskan suatu kepentingan dan niat perkauman serta mentaliti kolonialisme bagi mencabar kedudukan bangsa induk. Apa yang wujud ialah suatu kepelbagaian atau keragaman di dalam lingkungan sistem induk berasaskan teras budaya peribumi.
Masyarakat kolonial dapat ditanggap sebagai sebuah tungku berkaki tiga. Di atasnya sebuah lingkungan yang menguasai kaki yang menegakkannya. Golongan kolonial menduduki lingkungan atas yang berkuasa, masyarakat-masyarakat lain di bawah mendokongnya. Sebaliknya masyarakat merdeka selepas zaman kolonial adalah seperti sebuah tepak yang mempunyai badan induk yang serba melingkungi cembul-cembul kecil masing-masing dengan isinya. Ataupun sebagai sebatang sungai besar yang berpunca jauh di hulunya dan di sepanjang alirannya ia dimasuki pula oleh beberapa buah anak sungai kecil yang turut menjadikan batang sungai arah ke hilir, semakin besar dan luas. Demikian itu serrilia bahagian adalah turut terlibat di dalam arusnya.
Justeru itu masyarakat negara merdeka mempunyai bentuk yang amat berbeza dari masyarakat kolonial. Masyarakat induk peribumi kini dengan sendiri dan wajar kembali menjadi teras kemasyarakatan dan kebudayaan sebagai penyambung yang lojis dari status naungan yang telah dijanjikan di antaranya dengan golongan kolonial sebelumnya. Jika pertembungan awal antara peribumi dan kolonial adalah bersifat penaklukan oleh golongan kolonial maka penaklukan itu mungkin diakhiri dengan pemberontakan sebagai proses keras mengembalikan perlanjutan tradisi peribumi itu. Tindakan seperti ini tidak perlu bagi . status naungan di antara kerajaan kolonial dengan kerajaan peribumi yang dinaungi. Kesannya adalah sama: mengembalikan status peribumi sebagai pemerintah dan masyarakat teras bagi negaranya yang bebas dari selubungan sistem kolonial.
Jadi persoalan kita ialah bagaimanakah golongan mendatang yang digalakkan serta dilindungi oleh sistem kolonial dulu itu harus menyelesaikan masaiah mereka berintegrasi di dalam konteks negara dan masyarakat berteras keperibumian. Ini adalah masaiah parochial masyarakat mendatang, masyarakat serpihan dan bukan masaiah nasional. Apakah mereka mahu terus kekal di dalam kepompong budaya asal yang telah pula berubah dengan penyesuaian dalam ekologi baru. Ataukah mereka mahu hidup dalam suatu cultural imperative dan ter­ritorial imperative (kepastian budaya dan tempatan) seperti fenomenan ‘Chinatown’, ‘ghettho’ ataupun ‘diaspora’ di mana budaya asal mereka terus wujud dan mereka terus menjadi ‘singkek’, terkurung di dalam tembok budaya dan masyarakat lama itu tanpa interaksi dengan arus kebangsaan dalam negara seluruhnya. Apakah mereka terus diang- gap ‘kuli’. Ataukah mereka mahu menyertai qJan terlibat, yang sudah pasti menuntut perubahan yang amat radikal dalam sikap dan pegangan mereka dan mesti cukup terbuka untuk menerima segala pasti menuntut perubahan yang amat radikal dalam sikap dan pegangan mereka dan mesti cukup terbuka untuk menerima segala yang tempatan dan bersama menjadi penyambung megah kepada tradisi ekologi dan kenegaraan ribuan tahun ini. Tanpa perubahan radikal dalam budaya maka kedudukan dan fungsi golongan men­datang di dalam konteks negara merdeka yang mempunyai tradisi peribumi yang kukuh dan kuat dan sentiasa goyah dan ‘asing’.
Lebih-lebih lagi jika mereka mengekalkan pemikiran atau mentaliti transient, ‘dagang’ dan ‘immigratisme’ di mana negara sempat wujud hanya merupakan tempat singgah dan bukan tempat menyata- kan seluruh dan sepenuh kesetiaan jiwa dan semangat, pengucapan dan orientasi. Selama itu berlaku maka budaya mendatang tetap dagang dan asing sifatnya.
Masyarakat negara merdeka seiepas zaman kolonial ternyata menegakkan sistem pemerintahan moden yang demokratis tetapi ber- asaskan kelanjutan kedaulatan dan kewibawaan peribumi terutama sebagai ketua negara yang berdaulat tertinggi. Masyarakat men- datang sebagai serpihan masyarakat asal mereka amat bergantung kehidupan kepada niat dan kehendak masyarakat teras peribumi. Kedudukan adalah ditakrifkan oleh masyarakat teras. Meskipun biasanya kedudukan itu telah ditakrifkan dan ditentukan di dalam sebuah Perlembagaan negara yang biasanya disifatkan sebagai kom- promi demokrasi di antara masyarakat peribumi dengan masyarakat mendatang namun kompromi itu adalah sekadar memberi golongan mendatang itu tempat hidup. Lebih dari itu memerlukan perubahan sikap dan orientasi yang radikal dan banyak untuk dapat hidup dan berfungsi sepenuhnya di dalam organisasi dan struktur baru di mana ke­dudukan masyarakat peribumi tetap teras dan pusat. Masyarakat men­datang yang telah masuk ke dalam lingkungan kenegaraan peribumi itu merupakan warganegara yang harus menyertai sistem teras dan kebangsaan. Penyertaan di dalam wadah dan sistem budaya induk ini bermakna mereka telah terlibat sepenuh dengan proses kebangsaan.
Perbincangan konsep terdahulu menekankan bahawa kebudayaan kebangsaan itu mestilah berasaskan kebudayaan Melayu dan tidak dapat digalakkan persaingan oleh unsur-unsur asing sebagai alternatif. Persaingan kebudayaan bererti mencabar kedudukan ulung bangsa Melayu serta kuasa dan daulatnya. Ini tidak dapat tidak akan melahirkan perjuangan antara sistem-sistem budaya kebangsaan dengan budaya kaum. Cabaran seperti ini tidak akan dibiarkan berlaku begitu sahaja tanpa reaksi dalam masyarakat. Justeru itu harus ada suatu sikap menerima dan menghormati kedudukan .utama kebudayaan Melayu yang serba merangkum dari kalangan kelompok kaum lain. Dan keutamaan itu jangan diertikan sebagai sekatan kebebasan individu untuk hidup seperti yang dimahukannya.
Demikian juga pembenaan kebudayaan lebih wajar ditanggap
sebagai penerapan nilai dan penyertaan dalam bentuk-bentuk bu­daya kebangsaan secara rela dan kemahuan sendiri oleh individu- individu suatu penyerapan suatu kelompok. Memang wajar diakui ba­hawa setiap kelompok mempunyai pegangan identiti bagi ke­perluan association atau pergabungan diri dalam satu kelompok yang lebih besar. Tetapi identiti kelompok harus berfungsi hanya pada tahap kelompok itu saja dan tidak digembeling dalam politik untuk naik mencabar ke tahap kebangsaan. Identiti kelompok kaum atau etnik harus tinggal sebagai sistem kecil dalam sistem nasional kerana ia lebih terbatas dan berbeza dari teras identiti nasional. Apakala iden­titi kaumdan etnik yang asing rupa dan sifatnya apa lagi sebagai ser­pihan tradisi kecil dari budaya luar, mahu dikembangkan sebagai alter- natif maka sikap dan tindakan ini memancarkan keasingan warganegara itu padahal tradisi budaya kebangsaan kita — pada isi dan bentuk — cukup banyak untuk bersama dimajukan. Demikian juga per- juangan mengembangkan ciri budaya asing itu adalah gambaran tentang sikap ‘dagang’. Warganegara keturunan luar yang belum mendapat akar umbinya di negara ini. Selama adanya emotional resistance dan tanggapan berorientasi keluar ini maka selama itu kedudukan mereka masih dipersoalkan dan diragui. Mereka tidak dapat memberi sum- bangan positif terhadap pembihaan kebudayaan kebangsaan Malaysia moden dari tradisi negara ini sendiri tetapi berpegang kepada tradisi negara asal anakronistik dan janggal pada pandangan kita maka mereka kekal sebagai keturunan asing. Justeru itu setiap warganegara yang sudah diiktiraf sebagai warganegara Malaysia wajar membuat penen- tuan positif terhadap kebudayaan dan undang-undang yang menjadikan mereka warganegara, yakni Perlembagaan Negara.
Sudah pasti penerimaan kedudukan sebagai warganegara — yakni anggota sebuah negara — membawa bersamanya obligasi in- dividu untuk menerima dan mengamalkan sepenuhnya sistem kebudayaan dan nilai-nilai serta menyertai bentuk-bentuk budaya yang menjadi perinsip hidup dalam negara ini. Kerakyatan barangkali adalah suatu hak status yang diberi dengan takrifan khusus dalam Perlembagaan. Maka penerimaannya adalah juga kerelaan untuk
menerima implikasinya. Apakala implikasi ini ditolak maka sudah pasti juga hak kerakyatan itu boleh dipersoalkan. Keanggotaan seseorang pada tahap negara mesti dibezakan dan diutamakan dari keanggotaan dalam kelompok kaum sendiri. Seorang warganegara bergantung hidup dan rezeki kepada negaranya kerana itu mempunyai obligasi besar untuk tunduk di bawah kehendak negaranya itu. Kelompok kaum mereka tidak ada fungsi demikian dan keahlian kaum adalah tidak bermakna tanpa negara. Justeru itu setiap individu perlukan negara lebih dari kaumnya.
Segala implikasi statusnya menjadi obligasi setiap warganegara dan bukan hanya menerima implikasi itu secara terpilih (selective), mana yang disukai dipertahankan sebagai legitimate dan yang lain ditinggalkan atau dipersoal sebagai paksaan. Kelakuan begini tidak seragam (inconsistent): mulut menerima tetapi hati dan perbuatan menolak dan melakukan sesuatu yang bertentangan pula. Ini adalah sifat ‘munafik' dan ‘kemunafikan’ begini tidak dapat digalakkan dalam negara kita. Dengan demikian adalah wajar penerapan sistem budaya itu berlaku sebagai suatu yang biasa dan rutin dan bukan dilihat sebagai suatu paksaan di luar dari kebiasaan hidup seorang manusia.
Perlembagaan yang menjadi asas kewujudan bangsa adalah suatu piagam yang dikanunkan hasil dari pemikiran yang waras dan bermakna. la tidak lengkap. Namun kelahiran dan penggubalan piagam seperti ini adalah sama seperti piagam mana-mana institusi atau kelompok yang berinteraksi hebat dengan alam tabiinya. Piagam itu adalah kodifikasi dasar dari tradisi dan kebudayaan masyarakat- nya. Maka disamping memanjangnya kepada bumi tanahairnya melalui pengekalan dan pengokohan institusi teras — sistem pemerintahan- nya beraja berasaskan tradisi polity Melayu — ia juga memberi tem­pat kepada kehadiran kaum mendatang.18 Penentuan secara am hubungan antara masyarakat induk dengan kelompok serpihan men­datang bukanlah suatu kompromi seperti yang didakwa oleh kebanyakan orang mengenai Perlembagaan itu. Dilihat dari segi isi dan konteks sekalipun tafsiran ini adalah tidak wajar dan menyim- pang kerana hak yang ditakrit khusus adalah untuk setiap orang warganegara Malaysia dan bukan kelompoknya kecuali bagi masyarakat induk yakni Melayu. Sebagai individu wa'rganegara harus mempunyai kebebasan untuk melakukan apa yang wajar dan baik bagi dirinya dan keluarganya. Maka ia diberi hak asasi itu tetapi itu tidak pula bererti ia harus berfikir sebagai satu kelompok lalu mencabar nilai dan institusi teras Perlembagaan.
Kita tidak perlu mentafsir satu-satu fasal untuk membuktikan mana-mana pendapat tetapi cukup untuk menyatakan bahawa kewu­judan dan perjalanan Perlembagaan itu amat bergantung kepada sistem beraja negara ini20 dan sistem ini adalah kemuncak dari .sistem sosiopolitik Melayu dan didukung kuat oleh masyarakat Melayu sebagai suatu yang mutlak dan mulia dalam negara ini. Kita tidak dapat menyama-tarakan kedudukan sistem sosiopolitik Melayu yang agung (supreme) dan utuh dengan kehadiran kelompok kecil lain yang wujud dengan ihsan perlembagaan itu sendiri. Maka sifat dan makna utama ini mesti disedari dan diakui oleh warganegara.
Implikasi dari sifat utama perlembagaan ini ialah keistimewaan kedudukan Melayu (yang seharusnya bukan menjadi mauduk perbin- cangan) sebagai fakta masyarakat yang jitu dengan sejarah dan kewu­judan negara ini. Walau apapun kealpaan dan kelalaian para pemim- pin negara ketika menggubal perlembagaan itu namun kini fakta ini jangan lagi menjadi 'tione of contention’ kerana ia adalah teras kewu­judan negara ini. Jika unsur utama dari sistem kebudayaan Melayu, yakni sistem sosiopolitiknya sudah ditabal menjadi teras negara maka dengan sendirinya sistem lain turut sama berfungsi sedemikian. Semua sistem sosiobudaya adalah saling sokong-menyokong untuk bertugas sepenuhnya secara menyeluruh tanpa menjadi lemah. Jadi jika sistem ‘raja’ itu menjadi teras negara maka segala sistem sosio­budaya yang berkait dengan raja mesti turut selaras berfungsi. Ini bererti segala sistem sosial, agama, politik, perundangan, pendidikan, nilai dan norma, bahasa, pengucapan seni dan segalanya mesti selaras sebagai suatu entiti, satu kesatuan yang menyeluruh merangkumi setiap bidang hidup anggota masyarakat dan warganegara di sini. Keseluruhan itu harus diterapkan sebagai cara hidup yang beridentiti sebagai pembeza tegas dalam hubungan antarabangsa seluruh dunia.
Sistem kebudayaan Melayu sudah lama berupaya memberi teras dan wadah bagi kewujudan rakyat negara berbagai ragam dan sifat. Zaman ini bukanlah pertama kali bangsa Melayu mengandungi berba­gai asal dan keturunan manusia di dalamnya. Sudah berkurun gejala ini berlaku demikian sehingga rupa bangsa yang dinamakan Melayu itu jarang sekali diiktirafkan dengan mudah dan begitu sahaja. Rupa wajah ‘hitam manis’ adalah satu jangka warna dan bukan hanya hitam, kuning atau putih. Alam Melayu sendiri mengandungi cukup ramai kelompok manusia, ratusan kelompok suku bangsa wujud ber- dampingan dan mengalami kesatuan jiwa (psychic unity) yang nyata. Demikian pula sekian ramai rakyat dari alam budaya asing yang telah dapat mencari kesenangan dan kebahagiaan dalam lengkungan budaya Melayu sehingga telah berada di ambang masyarakat Melayu hanya tidak masuk sepenuhnya saja. Maka penyerapan dan pemaduan berbagai kelompok ke dalam sistem sosiobudaya Melayu ini adalah alasan yang amat kuat dan mendesak (compelling) untuk kita terus berada di dalamnya terutama pada zaman ini di mana desakan budaya luar cukup kuat ke atas diri dan jiwa kita terutama kepada anak-anak dan generasi muda. Mereka harus mempunyai suatu pola atau corak yang tegas untuk berpegang dalam menghadapi desakan itu tanpa terumbang-ambing di dalam pencarian di antara berbagai pola yang merugikan masa dan tenaga muda.
Tugas kita sekarang ialah untuk menerapkan segala corak budaya kita ke dalam hidup semua warganegara dan membawa mereka ke pangkuan masyarakat. Semua warganegara walau apapun asal keturunan mereka mesti mendapat kedudukan di dalam sistem itu dengan meresapi nilai dan bentuknya dan tidak terus terbiar sebagai ‘orang asing’ atau ‘orang dagang’ yang merantau untuk sementara lalu terbang pergi ke negara asing pula. Manusia perlukan akar umbi dalam negaranya sendiri dan tunjangan itu didapati melalui pendirian tegas di atas buminya dan bukan di atas tradisi bumi lain. Kita tidak dapat lagi membiarkan wujud kelompok-kelompok terbiar dan merempat dalam kalangan kita seperti ‘ghetto' atau ‘Chinatown’ sehingga fenomenan ini menjadi duri dalam daging akan menjadi punca ancaman dalam masyarakat dan negara. Zaman merdeka ini tidak ada alasan untuk keterasingan (alienation) sebarang kelompok rakyat dan terus terkurung di dalam mentaliti ‘immigrantisme’ sepertimana zaman kolonial yang sengaja memisahkan kita untuk kepentingan politik penjajahan manusia. Setiap gerakan politik masa kini yang mahu mengekalkan mentaliti kolonial serta menentang arus kema- juan masyarakat di dalam suatu wadah kebudayaan kebangsaan perlu didedah dan diasingkan.
Fungsi ini lebih-lebih lagi utama bagi kalangan anak-anak Malaysia yang bakal menjadi pewaris sah kepada pemerintahan negara ini. Mereka harus dapat menegakkan identiti negara dengan penuh bangga dan bermaruah di kalangan bangsa-bangsa seluruh dunia. Mereka tidak wajar diajarkan ciri asing dari luar alam budayanya yang tidak relevan kepada kewujudan mereka sebagai warganegara. Ke- napa perlu anak-anak kita belajar bahasa asing jika itu hanya beban kepa­da pembinaan dan kemajuan peribadinya sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai bahasa sendiri. Bahasa tambahan seperti bahasa kedua atau ketiga hanya perlu bagi tugas mendapatkan ilmu dalam bahasa lain itu untuk memperkaya dan membangun kebudayaan kita sendiri. Apakala bahasa itu menjadi kok dan rantai yang melemahkan peribadi mereka serta memecahkan keutuhan identiti mereka maka tidak ada alasan yang jitu bagi pembelajaran yang demikian. Sistem pela­jaran kita mesti menurun dan menanamkan satu sistem nilai dan satu alat pengucapan — bahasa Malaysia — bagi warganegara mudanya. Kita perlu ringankan beban anak kita yang terpaksa belajar berbagai bahasa yang tidak relevan dan menanam orientasi asing dan mereka terus merasa asing dalam negara mereka. Ini adalah dosa (guilt) yang akan ditanggung oleh kita dalam sejarah nanti. Maka di sinilah kita harus membuang kepentingan parochial (perkauman) dan primordial (asal) yang anakranistik dan terlibat sepenuhnya di dalam arus per- jalanan sistem kebangsaan.
6.Teras Kebangsaan
Apa yang sering ditakrif dan dipandang sebagai anasir kebudayaan kebangsaan adalah keseluruhan hasil dan ciri budaya yang berlaku dalam sistem kemasyarakatan pada tahap kebangsaan yakni sistem-sistem yang serba merangkum dan melibatkan semua masyarakat dan menentukan corak hidup mereka. la berbeza dari segi tahap penyertaan dengan sistem budaya tempatan (local culture) dan sukuan (suku bangsa). Antara budaya dan kesatuan asasi sehingga mudah bertukar-ganti unsur apakala anasir tempatan dan sukuan diamalkan oleh golongan atasan yang berkuasa menggerak- kan sistem kebangsaan. Sistem kebangsaan juga terpisah dari budaya serpihan yang berada di luarnya. Budaya serpihan menjadi pinggiran yang memerlukan kedudukan, pengiktirafan dan penerimaan ke dalam sistem kebangsaan. la menempat kepada sistem kebangsaan yang besar dan berpengaruh. Perjalanan sistem-sistem ini adalah diten- tukan oleh golongan atasan yang elit dan mereka pula menegaskan nilai-nilai tinggi dan mulia di dalam sistem itu. Jadi manifestasi kebuda­yaan kebangsaan yang paling tinggi ialah penegasan yang dikemukakan oleh golongan berkuasa dan elit sehingga anasir kebudayaan itu men­capai ciri ‘harus’, ‘tinggi’, ‘mulia’ dan ‘berdaulat’. Keseluruhan tradisi ini kerap dinamakan ‘tradisi agung’ (great tradition). Maka corak budaya inilah yang kerap menjadi identiti bangsa serta mentakrif keperibadian bangsa itu di mata orang lain.
Penegasan golongan elit terhadapnya bukan saja menentukan apakah yang bersifat kebangsaan bahkan memperkukuh pula kedudukan elit itu. Keterlibatan secara mendalam oleh golongan elit di dalam penciptaannya sama ada secara langsung atau sebagai penaung adalah proses yang sentiasa berlaku bagi meningkatkan bentuk-bentuk asas dan anasir gubalan yang berlaku pada tahap rakyat bawahan yang biasanya dikenal sebagai ‘tradisi kecil’ (little tradition). Oleh kerana pada tahap hidup rakyat yang daif, tidak berada dan sara diri (subsistance) segala penciptaan adalah semata-mata untuk kegunaan semerta (utility) serta kemudahannya (simplicity) maka segala ciptaan yang segera dan hebat digunakan cepat punah dan tidak kekal. Sebaliknya dalam suasana hidup golongan elit yang mewah, senang-lenang, berkuasa dan berilmu maka ciptaan mereka sendiri atau di bawah naungan mereka adalah kerana sifat estatiknya
dan keindahan seninya yang ingin dinikmati sepanjang masa, disim- pan serta dipertaruh untuk kewujudan abadi dan asli. Maka segala ciptaan dan karya di peringkat ini akan mencapai mutu yang tinggi serta membawa makna dan pengertian mendalam dengan penghalusan, perlambangan dan filsafat tertentu termaktub di dalam­nya. Justeru itu proses kehidupan elit yang mewah dan bukan sara diri atau perlu bergelut dengan masa dan kehendak asasi manusia mencipta seni untuk penikmatan yang senang-lenang dan abadi. Sebuah kerusi, misalnya, yang gunanya untuk duduk dengan cara mudah dapat dibina. Dengan hanya mencantumkan beberapa batang tiang, lantai duduk dan sandaran maka alat kerusi telah siap bagi kegunaannya. Tetapi alat ini mendapat penghalusan ciptaan, keragaman bentuk, kepelbagaian rupa binaan, keindahan hiasan dengan ukiran, tatah emas, perada atau mutiara dan ditambah pula dengan. penge- naan unsur mistik dan magik maka menjadi ia sebuah singgahsana raja. Demikian juga berbagai alatan, institusi dan sistem nilai akan sentiasa mengalami penghalusan (elaboration) begini pada tahap elit. Ciri halus dan tinggi inilah yang sentiasa menjadi identiti kebangsaan. Nilai dan institusi kebudayaan Melayu banyak memberi kehalusan kepada ketertiban kelakuan manusia seperti terkandung di dalam institusi istiadatnya.
Kekuasaan budaya elit ini tidak pula bermakna budaya rakyat itu terbuang kerana budaya rakyat ini adalah asas dan puncanya. Hanya arah perkembangan saja yang meningkatkan ciri serta rupanya. Kerana itu golongan yang berkuasa secara kreatif (creative power) yang menggunakan kuasa untuk kemajuan dan kebajikan bangsanya adalah pembina tamadun dan peradaban. Mereka mencipta melalui visi dan idealisme dan mempernyatakan dalam bentuk sistem, nilai dan ciptaan atau dengan kemasukan bahan budaya luar. Kuasa itu hanya memberi keupayaan kepadanya untuk menggem- bleng tenaga, pemikiran, bakat dan kemahiran semua golongan warganegara untuk mencapai pernyataan bagi visi dan idealismenya. Maka secara langsung dan kreatif mereka membentuk kebudayaan dan peradaban bangsanya.
Visi dan idealisme pula berfungsi di dalam sistem nilai dan ins­titusi teras masyarakat dan bangsanya.24 Nilai teras ini adalah anasir yang memberi dan mengekalkan order atau ketenteraman masyarakat yang sentiasa perlu ditegaskan (affirm) oleh pemegang kuasa tanpa kejanggalan. Apakala berlaku kejanggalan tindakan maka nilai teras akan memeriksa semula fungsi dan kedudukan pemegang kuasa itu. Jadi terdapat sifat ‘dynamic potentialities’ (potensi 'ketegasan) dalam perjalanan sistem kuasa dan ini menjadi punca kepada p§rtimbangan diri (self-judgement) terhadap corak kelakuan orang-orang yang berperanan. Natijahnya ialah penggantian pemegang kuasa apabila berlaku kejanggalan dengan sistem nilai dan pengokohan kuasa terhadap penegasan nilai.
Suasana ini menjadi sifat sistem masyarakat dan sistem kuasa demokratis di mana pemegang kuasa itu adalah dari berbagai golongan dan asas dan mereka berpecah kepada kepentingan golongan. Sifat fragmentation atau kepuakan ini melahirkan edaran elit (elit circulation) dan juga muafakat elit (elite concensus) di dalam sistem kuasa. Justeru itu muafakat elit ini amat perlu diperhatikan serta ditimbangkan supaya tidak melencung dari nilai teras yang akan mengesani' masyarakat dan kebudayaan. Segala keputusan elit perlulah bersifat sejajar dengan kehendak masyarakat. Jika mereka kreatif maka masyarakat akan maju tetapi jika hanya consumeristic - senang menggunakan anasir budaya asing — maka masyarakat juga bersifat demikian.
7. Keragaman dan Kesatuan Sistem Kebangsaan
Keragaman budaya alam Melayu kelihatan pada keragaman suku bangsanya namun pada itu mereka disatukan oleh satu rumpun bahasa dan juga tanggapan alam — worldview atau weltanschaung. Kedua-dua asas ini sentiasa menjadi prinsip penyatuan sekalian ragam sistem dan kandungan kebudayaan yang terdapat di alam Melayu. Maka prinsip-prinsip ini juga dapat menjadi rangka kesatuan kebudayaan kebangsaan Malaysia. Ditambah lagi dengan beberapa nilai tertentu maka keseluruhan perpaduan kebudayaan itu akan tercapai.
Serumpun bahasa-bahasa Nusantara sudah cukup dibuktikan oleh ramai oenakaji dalam dan luar negara hingga dapat digolongkan bahasa-bahasa itu ke dalam golongan bahasa Melayu-Polinesia yang tersebar di seluruh Asia Tenggara, Taiwan, Madagaskar, hingga ke kepulauan Pacific. Ciri-ciri bahasa serumpun ini dapat menjadi sumber yang amat luas dan besar bagi pembinaan bahasa dan segala jenis struktur yang perlu bagi sesebuah bahasa agung di Asia dan dunia. Dalam usaha itu semua warganegara Malaysia mempunyai peranan untuk memperkaya dan memperbanyak isi kandungannya dan memperluas daerah penyebarannya. Maka di sinilah punca kemegahan bagi semua rakyat kerana turut menyertai usaha pembina- an hak bersama ini.
Keseragaman tanggapan alam kebudayaan Melayu dan semua suku bangsa alam Melayu terpancar di dalam sistem sosiobudaya yang dinamakan adat.26 Meskipun perkataan adat berasal dari bahasa Arab namun ia telah masuk ke dalam tanggapan dan kognitif kebudayaan alam Melayu untuk memerikan kebudayaan mereka. Istilah kebudayaan hanya lumrah digunakan semenjak Perang Dunia II. Sebelum itu dan di sepanjang sejarah bangsa Meiayu istilah adat adalah kebudayaan. Semua naskah sastera Melayu lama dan sastera suku bangsa alam Melayu menggunakan konsep ini untuk kebudayaan mereka. Maka dalam pengertian yang luas dan mendalam konsep adat dapat digunakan bagi menyatukan segala jenis keragaman dalam kebudayaan.
Rumusan yang paling tegas dan jelas mengenai adat terdapat di dalam masyarakat Minangkabau, satu dari suku bangsa Melayu yang amat terkemuka dalam proses perkembangan budaya moden. Antara Iain-lain konsep adat ditegaskan melalui empat tahap:
i)adat yang sebenar adat
ii)adat yang teradat
iii)adat yang diadatkan
iv)adat istiadat.
Berbagai-bagai takrif telah dikemukakan tentang pengertian konsep-konsep ini. Walau apapun pengertian itu ternyata bahawa di dalam semua kelompok suku bangsa alam Melayu tanggapan ini tetap berlaku. Dari prinsip umum itu terbit pula berbagai-bagai prinsip khusus dalam seluruh bidang kehidupan masyarakat. Tanpa perlu menghurai terlalu lanjut maka cukuplah untuk mengatakan bahawa di dalam keempat tahap pengertian itu terkandung tanggapan terhadap ‘hukum alam’ atau tabiat alam, prinsip kemasyarakatan yang sedia dipegang kuat dan menjadi asas pergerakan masyarakat, prin­sip yang boleh berubah dan baru diterima oleh masyarakat dan juga segala kaedah serta tatatertib untuk melakukan sesuatu secara betul. Jadi kaedah yang terdapat dalam adat adalah jelmaan dari sistem sosiobudaya yang telah mantap menyesuaikan dirinya dengan tabiat alam dan ekologinya sendiri. Segala prinsip-prinsip kebudayaan luar yang datang sama ada bersifat Islam, Kristian, Hindu atau Buddha di alam Melayu melahirkan keragaman budaya sukuan.
Sekarang ini konsep adat telah disempit dan ditentangkan maknanya dengan keagamaan, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Namun asas kesatuannya masih berlaku pada masa ini. Di antara prinsip terkemuka adat ialah kenisbian cara hidup manusia dan kerana itu juga sistemnya menjadi lembutfflezible), dan kesalingan interaksi manusia (reciprocity).
a) kenisbian atau relativity ini diucapkan sebagai 'lain padang lain belalang' dan kerana itu setiap orang mempunyai adat sendiri. Begitu juga setiap bidang kehidupan mempunyai cara dan kaedah sendiri. Maka bukan saja adat Cina, adat India atau adat Melayu tetapi ju­ga ada adat bertani, berdagang, adat laut dan sebagainya. Kesatuan segi dipegang bagi keselarasan seluruh masyarakat. Apakala telah dimuafakatkan maka jadilah sistem itu yang induk dan agung dan harus dipegang kuat.
b) saling perhubungan antara manusia secara reciprocal mem- pastikan keadilan hubungan itu. Ciri keadilan ini adalah terlalu agung dalam kebudayaan Melayu dan diucapkan sebagai ‘biar mati anak jangan mati adat’ — walau anak sekalipun yang melanggar hukum, undang-undang dan segala peraturan masyarakat maka adalah men­jadi tanggungjawab kita menentukan keadilan hukum itu walaupun si -anak akan menerima akibatnya. Jadi keadilan dalam hubungan an­tara manusia adalah nilai paling tinggi yang diwariskan oleh adat Melayu dalam negara moden.
8. Prinsip Pembinaan Kebudayaan Kebangsaan
Sekian banyak telah dibincang, dihurai dan digubal bagi tujuan pembinaan kebudayaan kebangsaan Malaysia. Dari Perlembagaan yang tinggi sebagai piagam bangsa dan negara kepada prinsip dan nilai muafakat dalam Rukunegara hingga kepada penggubalan Dasar Kebudayan rasmi yang ada masa kini dan juga be- berapa saranan lain yang dilakukan oleh berbagai golongan berkepentingan bersabit dengannya. Maka apa yang dipaparkan berikut ini adalah usaha melihat secara menyeluruh sistem sosio- budaya itu sebagai satu kesatuan yang erat saling berfungsi dengan cara selaras dan bermakna. Beberapa saranan lain telah menge- mukakan prinsip kebudayaan dalam erti yang amat terbatas dan khusus. Ataupun dalam erti satu bidang seni tampak yang amat kecil dari segi seluruh kehidupan bangsa Malaysia. Adajugapenegasan terhadap nilai-nilai utama tanpa tekanan kepada keseluruhan sistem dan bentuk kebudayaan. Namun saranan berikut ini juga tidak selengkap dan setegas yang mungkin kerana keterbatasan sebuah kertas seperti ini. Sebagai sistem kebudayaan dalam erti yang luas maka segala yang berkaitan dengan hidup bangsa adalah kebudayaan. Oleh kerana erti seperti ini amat luas maka kita membezakan tiga bidang a) sistem sosiobudaya, b) nilai sosiobudaya, c) bentuk-bentuk pengucapan. Semua ini berlaku sekaligus dalam satu-satu fenomena kehidupan sosial. Seorang yang menyanyi terlibat di dalam sistem perlapisan sosial, sistem bahasa, nilai dan etika ser­ta juga pengucapan seni suara, seni muzik dan seni sastera. Jadi keseluruhan yang beginilah yang sentiasa berlaku dalam realiti hidup. Pemisahan yang dilakukan di antara anasir itu hanya sekadar suatu cara meneliti (heuristic) setiap sistem, nilai dan bentuk kebudayaan.
Seperti yang ditegaskan beberapa kali maka saranan ini bertitik- tolak dari ciri masyarakat induk. Namun perubahan masyarakat kini telah memadukan berbagai sistem, nilai dan bentuk dari berbagai sumber maka kita harus menerima segala unsur yang telah mantap dan kekal di dalam kebudayaan itu. Yang perlu ialah menerapkan un­sur Melayu/lslam dalam mana-mana sistem yang mungkin terlalu asing atau terlalu longgar.
Prinsip-prinsip berikut adalah disarankan:-
i)tumpuan dan orientasi akal fikiran (mind) terhadap negara.
ii)sistem kepercayaan ketuhanan Islam dan takrifnya bagi sistem lain,
iii)sistem pemerintahan dan politik raja berpelembagaan dan kedaulatan rakyat,
iv)sistem ekonomi hak individu dengan tanggungjawab sosial yang mendalam oleh pengusaha dan pemerintah,
v)sistem kemasyarakatan terbuka untuk mobiliti masyarakat,
vi)sistem pendidikan yang menanam nilaikebangsaansambil mengajar ilmu bagi kesejahteraan masyarakat,
vii)sistem etika dan nilai yang tinggi dari adat Melayu/lslam.
viii)sumber serta bentuk pengucapan seni dari ekologi alam Melayu.
Kesemua prinsip umum ini mempunyai salingkaitan dalam satu keseluruhan dan berfungsi sebagai satu kesatuan. Sudah pasti sistem sosiobudaya memerlukan bumi tempat berpijak dan sumber rezeki kepada anggota masyarakatnya. Dalam pada itu manusia sebagai anggota-anggota masyarakatnya. Dalam pada itu manusia sebagai ang­gota masyarakat melahirkan kecantikan dan segala jenis tanggapan kepada bumi yang menanggungnya. Demikian juga sistem kepercayaan memberi saluran bagi keperluan pengertian manusia mengenai alam ghaib dan erti hidupnya. la menjelaskan punca tanggapannya tentang dunia dan alamnya. Sistem politik adalah utama dalam melahirkan ketenteraman hidup bermasyarakat. Pembahagian kuasa antara individu dan kelompok tertentu melahirkan order bagi menjalankan hidup yang teratur. Sistem ekonomi berfungsi mengatur pembahagian sumber alam untuk menyara hidup manusia dan penggunaannya amat bergan- tung kepada kaedah ekonomi yang dipegang. Sistem sosial memberi hubungan yang am bagi berlakunya kegiatan lain termasuk politik dan ekonomi dan sistem kekeluargaannya memberi asas bagi pendewa- saan anggota masyarakat. Sistem pendidikan akan menanam nilai- nilai yang dipegang oleh masyarakat kepada generasi muda mereka. Sistem etika serta nilai ini memberi panduan kepada kelakuan yang wajar dan diterima sebagai b'enar dan betul bagi masyarakat. la melicinkan hubungan antara manusia. Akhirnya sistem seni atau estetika adalah pengucapan emosi dan perasaan manusia dalam ben­tuk teratur dan indah hingga mengenepikan segala kekerasan yang mungkin dilakukan melalui gerakan jasmaniah atau fizikal. Maka unsur-unsur kebudayaan Melayu akan memberi identiti alam Melayu kepada sistem itu. Identiti ini yang membezakan sistem penyesuaian manusia dari satu alam budaya dengan yang lain.
i)Orientasi Kenegaraan
Rasa cinta terhadap negara adalah suatu yang semula jadi. Emosi ini memberi makna dalam proses faham kebangsaan atau nasionalisme. la adalah kecintaan yang terbit dari kesedaran bahawa manusia harus mempunyai tempat untuk hidup dan mati. Manusia mempunyai akar umbi tempat mencurahkan rasa bangga dan kemegahan pencapaiannya. Masyarakat Melayu telah mencapai in- tegrasi jiwa dan semangat dengan negaranya dan tidak ragu lagi untuk menyebutnya sebagai ‘ibu pertiwi’. Indentifikasi sehingga ke peringkat inilah yang harus dicapai oleh setiap warganegara dan sedia untuk mempertahankannya dari rampasan dan penaklukan. Masyarakat dan kebudayaan manusia tidak dapat wujud tanpa suatu penempatan dan ini meminta suatu emosi dan rasa kepunyaan terhadap wilayah sebagai suatu ‘territorial imperative'. Rasa yang demikianlah mendorong orang membayar dengan nyawa dan harta benda untuk bertahan dari menjadi orang pelarian. Maka identifikasi jiwa dengan negara sendiri ini bukan hanya terpancar pada kata-kata bahkan pada segala jenis pengucapan dan perbuatan. Bagi orang Melayu tidak ada lagi negerinya yang lain.
ii)Sistem Kepercayaan
Sistem kepercayaan memberi makna kepada hidup manusia dan menjawab soal kenapa ia wujud dan apakah alam ghaib. Dalam kewujudan yang demikian setiap orang bebas untuk berpegang kepada sesuatu sisem kepercayaan. Namun di Malaysia Islam telah bertapak dan erat beridentiti dengan kebudayaan Melayu. Tidak mungkin lagi ada-sistem yang lain bagi kebudayaan itu. Demikian juga negaranya telah ditangap sebagai ‘darulislam’. Tidak ada legitimacy pada kuasa pemerintahan kecuali dalam hubungan dengan keredaan secara Islam. Dengan itu Islam adalah anasir dinamis dalam kebudayaan Melayu. la menentukan sistem nilai baik—buruk, salah—benar, halal— haram. Di Malaysia segala-gala harus diuktar dari pandangan Islam Jika ketoebasan agama telah dijamin oleh Islam maka itu bermakna bahawa setiap warganegara berhak kepada sistem kepercayaan- nya, tetapi tidak wajar pula orang melakukan sesuatu yang terang- terang menentang Islam seperti mendirikan patung yang tinggi padahal ini adalah kesyirikan paling besar dalam Islam. Demikian juga segala kesahihan, keharaman, kepasikan dan kemungkaran harus diukur dari kaca mata Islam.
iii) Sistem Politik
Sistem beraja berpelembagaan dan mesyuwarah berparlimen telah diterima sebagai sistem pemerintahan di negara ini. Secara tradisi gagasan kedaulatan rakyat sebagai punca kuasa terdapat dalam ideologi kerajaan Melayu. Sistem pemerintahan yang ada masa kini adalah juga pernyataan konkrit terhadap sejarah dan tradisi itu. Demikian juga sistem mesyuwarah di antara pemegang kuasa adalah pernyataan dari muafakat yang banyak berlaku dalam kehidupan orang Melayu. Jadi sistem ini wajar dipertahankan. Malah ciri persetiaan atau perjanjian an­tara rakyat dan raja dalam konsfep ‘yang dipertuan’ wajar menjadi nilai politik dalam negara ini. Setiap orang yang berkuasa adalah tertakluk kepada kerelaan rakyat menjadikannya ‘tuan’ dan bukan sebagai hak yang sewenang dipegang tanpa sedar tentang asas waadat yang men­jadi tunjangnya. Raja adalah puncak keadilan dan kesentosaan rakyat dan bukan sarang kejahilan atau kemungkaran. Inilah yang wajar diper­tahankan dan semua sistem sosiobudaya dapat mengarahkan fungsinya bagi kelanjutan nilai mulia itu. Sebaliknya apakala sistem itu tidak dapat memainkan peranannya seperti dimanipulasi untuk tujuan tertentu dan merugikan rakyat maka harus ada ‘self-judgement’. Maka pengekalan nilai kuasa politik Melayu itu adalah utama dalam proses kebudayaan ini. Pada setiap peringkat kesedaran politik itu mesti ada dan perasa terhadap ancaman terhadapnya.
iv. Sistem Ekonomi
Tradisi ekonomi kerajaan Melayu adalah juga permodalan meskipun ia berlaku dalam rangka feudal. Kini asas sistem yang sama telah diterima dan'wajar dikekalkan. la mengakui individu untuk menjalankan usahanya Sesuai dengan kebolehannya. Namun nilai ekonomi yang wajar ditanam sebagai proses kebudayaan ialah kebajikan warganegara dan bukan himpunan harta kekayaan yang sebanyaknya untuk kegunaan sendiri tanpa satu obligasi sosial yang kuat dan rela. Apakala orang terlalu memikirkan tentang kesenangan peribadi tanpa suatu dorongan untuk kebajikan warganegara seluruhnya padahal wujudnya adalah juga dengan pengembelingan tenaga warganegara maka mungkin kekayaan itu dilonggok atau dilabur di luar dengan membawa keuntungan sendiri saja. Justeru itu wajar sekali ditanam nilai kebajikan dan amanah dalam pengembelingan sumber alam. Kerana itu perlu ada sekadar campur tangan pemerintahan bagi mempastikan amanah dan keba­jikan itu berjalan dan bukan hanya untuk kepentingan diri yang berusaha. Mesti ada pembahagian adil terhadap penghasilan negara dan menjamin taraf kebajikan yang tinggi serta mutu kehidupan yang selesa bagi semua.
v)Sistem Sosial
Tradisi kebudayaan Melayu mewujudkan sistem perlapisan masyarakat yang agak ketat di mana manusia disusun dalam hierarki tinggi rendah dan dalam ‘bangsa’ yang tertentu — bangsawan, merdeka dan sahaya. Sistem ini telah banyak berubah dan wajar dikekalkan terbuka untuk menjamin pencapaian mutu hidup bagi setiap rakyat. Sistem kelas terbuka memberi peluang kepada pernyataan bakat dan kebolehan. Namun kerana pengekalan sistem beraja maka sudah pasti wujud suatu bentuk sistem kelas yang mirip kebangsawanan kecuali ia adalah sistem terbuka. la juga harus berdasarkan kepada bakti dan kesetiaan kepada negara dan bukan kerana kelahiran atau asas yang boleh mengenepikan seorang individu dari mencapai ketinggian hidupnya.
vi)Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan harus merupakan saluran untuk menurunkan dan menerapkan nilai-nilai dan kemahiran yang wajar bagi masyarakat. la harus menurunkan nilai keadilan yang menyokong sistem pemerintahan, kecintaan pada negara, kfeluhuran dan kebak-
tian kepada Tuhan, hak individu dan tanggungjawab sosial dalam peng- gunaan sumber negara keilmuan dan kebolehan manusia maju dan mencapai setinggi kedudukan dalam masyarakat pegangan kepada budi yang tinggi dan mulia dengan menghargai nilai kehidupan manusia dan pengucapan seni yang bermoral dan bernilai kemanusiaan ter- tinggi. Dalam hal ini amat wajar dijalankan sistem pengajaran ber- tunjangkan kebudayaan dan nilai kenegaraan dari hanya pengajaran kemahiran yang tidak mempunyai dimensi budaya.
vii)Sistem Etika dan Nilai
Sistem etika tertinggi dalam kebudayaan Melayu ialah budi dengan segala lapisan maknanya. Sekurang-kurangnya tiga lapisan makna dapat dijelaskan bagi tujuan pegangan masyarakat seluruh.
i)berbudi dengan erti berilmu berhemah tinggi dan bijaksana. Nilai ini ialah pertimbangan waras dan adil. Dalam segala perbuatan akan menggunakan budi bicara dan perasa kepada kepentingan orang lain.
ii)pekerti yang berakhlak dan bermoral tanpa menggunakan kejahatan atau nafsu bagi tujuan hidup. Konsep budi dalam erti moral ini berkait rapat dengan erti malu berbuat jahat. iii) Perbuatan baik dan kesediaan memberi bantuan kepada orang lain. Nilai ini berkait rapat dengan sifat dermawan. Maka gabungan segala nilai ini melahirkan peribadi ‘budiman’ sebagai seorang ‘perfect gentleman’ yang berhemah tinggi, berakhlak mulia dan bertimbang rasa. Banyak lagi konsep nilai dan tatatertib yang dapat diperkembang dari konsep budi ini dan segalanya adalah berkait dengan pembinaan peradaban.
viii)Pengucapan Seni
Seni adalah pengucapan mengenai perasaan melalui saluran tertentu. Dalam hal ini bahasa banyak digunakan dan alam menjadi sumber ilhamnya. Bagi pembinaan kebudayaan kebangsaan maka adalah wajar bahawa bahasa Malaysia itu menjadi adat dan saluran- nya dan alam negara sebagai sumber ilham. Kemahiran kita dalam bahasa asing hingga memungkinkan pengucapan dengannya tidak dapat memperdaya seni kerana bahasa mempunyai hubungan kognitif yang amat erat dan padu dengan alamnya. Dengan itu pengucapan dengan bahasa asing tidak dapat memancarkan erti budaya kita. Demikian juga alam yang menjadi sumber ilhamnya harus berpunca dari alamsekitaran sendiri. Meskipun pengucapan boleh bertemakan suatu peristiwa sejagat atau nilai sejagat namun pewarnaan setempat adalah sebahagian dari intisari hidup dalam alam sendiri. Kita beridentifikasi dengan nilai dan sekitaran setempat dan bukan dengan unsur luar dan asing. Identiti yang terlalu banyak keluar lebih men- dorong untuk memuja hal orang lain. Justeru itulah kita amat tidak senang dengan bentuk pengucapan dari anasir luar kerana nilai, makna dan simbolnya adalah janggal dengan perasaan serta pengetahuan kita. Pengucapan dengan simbol naga misalnya, dan segala pewarna serta perlakuannya adalah amat janggal dan kasar di dalam Cognition alam Melayu. Segala metos dan legenda rantau sini menempatkan naga sebagai lambang keburukan serta kehancuran. Apalagi dengan perlakuan serta perwarnaan garang amat memperkuat erti kerosakan itu. Justeru itu tidak mungkin pengucupan seni seperti ini dapat menjadi bahagian dari kebudayaan kebangsaan. Jika ia merupakan lambang kekuasaan maka ia adalah kekuasaan yang jahat dan membawa kehancuran. Maka setiap orang yang mahu kebudayaan yang demikian tidak wajar menjadi bahagian dari masyarakat kebang­saan. Dengan itu adalah satu keperluan pengucapan seni ini didasarkan kepada sumber alam kita dan bukan dari luar yang kerap membawa makna dan nilai yang tidak berguna kepada kehidupan, kebajikan dan peribadi kita.
Demikianlah kita berharap pembinaan budaya yang unggul dan maju dengan membawa bentuk sendiri dalam dunia yang terlalu pesat menjadi seragam oleh kepesatan hubungan. Kita berharap juga suatu masyarakat yang kreatif dalam segala bidang dan membawa rasa setia yang teguh kepada bangsa dan negaranya. Kita dapat duduk megah dan bangga di antara bangsa-bangsa tanpa ragu terhadap keupayaan- nya serta pegangan kebudayaan kita. Justeru itu kita harus dapat menerapkan kepada semua warganegara sistem-sistem dan ni­lai itu dan melahirkan golongan elit yang kreatif dalam meng­gunakan kuasa dan wibawanya. Bukannya elit pengguna yang senang membeli dari orang ataupun senang pergi ke negeri orang untuk menghabiskan kekayaan lalu melupakan kebajikan warganegaranya. Dengan kesedaran dan orientasi mendalam terhadap negara dan bangsa. Insya-Allah kita akan sejahtera.

Bahasa; asas pengucapan; sebaran alam Melayu, Pasifik; ciri struktur; bahasa dan budaya, asas pengucapan, daya cipta, bentuk-bentuk ucapan, pandangan dunia, nilai.
Tulisan; rencong, jawi — khat, rumi.
Sastera; intelektual — konteks perkembangan; bentuk pengucapan bahasa, prosa, puisi; asas ciptaan, lisan, tulisan.
1.Lisan — masyarakat tradisi tidak menggunakan tulisan; hiburan, aturan, ajaran, kritik sosial.
i) Puisi; jampi, endoi, pantun, teka-teki, dikir barat, jenaka, pepatah, teromba, peribahasa bebas.
ii)Prosa; penglipur lara, cerita rakyat, romans, jenaka, asal usul -legenda, cerita binatang, metos.
2.Tulisan — tradisi asal; punca ciptaan — jawi, rumi tulisan tangan; naskhah asal, batu — prasasti, daun lontar, kertas, kain, cetak batu, cetak moden.
i)Puisi; syair; gurindam, seloka, nazam, bacaan agama ratib, masnawi, rubai, sajak — soneta, sajak bebas.
ii)Prosa — ciptaan zaman Islam, tinggalan zaman Hindu; reaksi zaman kedatangan barat, roman — hikayat; panji, berbingkai, pahlawan — epik, Islam, Melayu-Panji; politik — Tajul Salatin; Sejarah — Islam, tempatan; Undang-undang, adat, shariah; tarikah, usuludin; zaman moden — masa kini - asas perkembangan, pengaruh Inggeris, sekular — Islam, sastera Islam, pendidikan barat; ilmu sekular, akademik; Konsep sastera moden, literary, ilimiah Literary; novel, cerpen esei, kritikan, drama, terjemahan.
iii) Perkembangan ilmu dan pendidikan barat: sastera moden sebagai lanjutan sastera tradisi dan barat, bidang kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, ilmu sains tabii, ilmu dan pemikiran.
Teater; tradisi teater, permainan, penglipur lara, ritual, dikir barat, mak yong, wayang kulit, randai, dabus, sandiwara/purbawara, bangsawan, drama pentas, teater. masa kini.
Lagu dan Muzik;
1.Lagu dan nyanyian, dendang, pantun, gurindam, syair, seloka; permainan kanak-kanak, endoi — dodii.
2.Muzik tradisi — alat mudah; nyanyi rakyat, serunai — padi, daun, seruling, bangsi, gong, gendang, rebana, kompang, tambor. Alat tali; kecapi, rebab.
Alat gema — percussion; engkromong, gamelan, cak lempong. Notation muzik.
3.Muzik dan lagu kini — biola dari barat; gong, gendang, rentak, lagu asli, langgam, keroncong, sariosa, ghazal, pop.
Tarian — tarian sebagai hiburan; permainan, ritual, teater, tarian rakyat, keramaian, perkahwinan, perubatan — sacred, tari inai — lilin, pulut; joget, gendang, tandak, zapin; tarian istana asyek, inang, gamelan, kareografi masa kini.
Lukisan; Tradisi lukisan — hiasan, wau; kerjatangan, tekatan, anyaman, batik, tiada tradisi benda dan orang — garis, geometri, konsep Islam.
Tradisi moden, realisme, inpressionisme, cubisme, dan Iain-lain.
Ukiran; ukiran pada tukangan, binaan, alatan, hiasan; bahan-bahan kayu, tempurung, logam tembikar; ukiran timbul, ukiran tebuk, ukiran awan larat; sulur bakong; naga-naga; patung-patung; nanas; pucuk rebung.
Tukangan: kemahiran menggunakan bahan sekitaran — sebagai alat budaya dengan unsur-unsur seni; corak bahan — bentuk dan corak asas, lilitan, awan larat, geometri. (i)- Logam — istiadat - alatan, hiasan diri, makan minum, rumahtangga, emas dan perak, kewangan, rantai, pending, cincin, cucuk sanggul, tindik, subang, kerongsang, butang, tatah intan permata: perak — alatan makan minum, istiadat, hiasan diri, hiasan rumah;
tembaga, diri, gobek, rumah — masak-memasak, rumah;
istiadat, perasapan, bejana, cepu, dulang.
besi — senjata; alat-alat tani. pertukangan.
timah — siaat lembut; bahan campuran tembaga, bahan
jualan.
(ii)Tembikar — bahan, cara, bentuk alatan; labu — kendi, periuk, pasu.
(iii)Anyaman — bahan, mengkuang, pandan, buluh, rotan, bemban; cara anyaman, kelarai — jenis, motif — bentuk.
(iv)Kayu — alatan, pertanian, senjata, rumah, peribadi, permainan, muzik, istiadat/ritual.
(v)Tempurung — alatan, rumah, hiasan peribadi.
Buluh — alatan; muzik, rumah, ritual.
(vi)Kain — cara tenunan; ikat, tenunan Jenis songket; bertabur, pucuk rebung.
Batik; corak, retak seribu, bunga.
Lipatan kain; tengkolok, istiadat
(vii)Benang — nanas; kapas, emas, perak, nanas Tekatan; — benang emas, corak
Jahitan; — kaitan, sulaman, jahitan — tulang belut, karap.
Pakaian: martabat dan suasana; bahan, kapas, sutera; biasa, rakyat bangsawan, bahan pakaian, warna, adat baju Melayu, wanita, kurung, kebaya; panjang, Kedah, pendek; kemban, tudung, selendang, tetampan; pakaian-pakaian lelaki, tengkolok, destar, baju; teluk belanga, cekak musang; seluar, potong Cina, pesak, samping. Hiasan pakaian wanita; sanggul cucuk, pending, rantai kerongsang, gelang, cincin.
Senjata dan silat;
1.Senjata — jenis senjata; meriam, lela, panah, kerambit, lawi, tumbuk lada, keris, panjang, pendek, lok; lembing, tombok, pedang, golok, badik, sumpit, serampang, senapang, pemuras, pisau. Bahan — besi, tembaga, emas, perak; buatan — bentuk, nama, cara tempa; ritual — jampi, serapah, perbuatan; petua - ukuran, perbuatan, simpanan, jagaan.
2.Silat — pertahanan diri, sikap; langkah, bunga, petua, ritual.
Permainan — kanak-kanak, guli, galah, seremban, congkak, kanda-
kondi; dewasa — lelaki, wanita; lelaki — gasing, layang-layang, sepak raga, berburu — hobi; wanita — main puteri, tarian.
Alatan — pertanian; nelayan; buruan — senjata perangkap, jerat.
Binaan — rumah; jenis bentuk, bahagian dalam, luar, ukuran, hiasan dalam, luar; jenis rumah, Melaka, limas; bahagian rumah, lantai, dinding, atap, bumbung, tangga; jenis hiasan — naga-naga, kipas, nanas, dreneng.

Nota:
-Sekurang-kurangnya terdapat empat pendekatan mengenai kebudayaan kebangsaan di Malaysia Masing-masing adalah seperti berikut meskipun tidak terdapat penanggapan yang jelas mengenainya oleh golongan yang terlibat. i) pluralisme — dianjurkan oleh berbagai gerakan politik bukan bumiputera terutama DAP dan MCA serta gerakan kebudayaan yang sehaluan dengan mereka, ii), integrasi — dianjurkan oleh golongan politik dan gerakan kebudayaan nasionalisme Melayu terutama dalam zaman sebelum kemer- dekaan. Golongan ini menganjurkan faham kerakyatan dan kewarganega- raan Melayu, iii) universalisme — yang dianjurkan oleh berbagai gerak­an sosial agama yang melihat nilai Islam sebagai sejagat. Golongan ini terbahagi kepada dua: (1) lebih liberal dengan mengakui nilai-nilai sejagat dari semua kelompok dan (2) lebih tepat kepada nilai-nilai sejagat Islam dengan disokong oleh sebahagian besar masyarakat Islam yang mengajurkan konsep 'addin’, iv) akultrasi — dianjurkan oleh golongan rasmi dan nasionalis pen- didikan barat di mana prinsip budaya ialah berasaskan teras peribumi. Dalam golongan ini terdapat beberapa pendekatan yang sama tetapi berlainan tekanan: a) melalui keseimbangan pencapaian ekonomi, b) teras nilai Melayu dan peribumi. (Lihat juga kertas Dr. Firdaus Abdullah, “Politik Kebudayaan Kebang­saan di Malaysia — Satu Perbincangan Awal’, Pertemuan Dunia Melayu, Disember, 1982, Melaka).
-Kajian mengenai asal usul kebudayaan Melayu belum tegas menyetu- jui sesuatu tarikh tetapi pada umumnya menjangka kehadiran manusia ber- tamadun di Alam Melayu dengan sistem polity tertentu pada kira-kira 3000 hingga 2000 S.M. (lihat R. Linton, The Tree of Culture, 1955:47; S. Husin Ali, Orang Melayu, 1979:13)
Paul Wheatley The Golden Chersonese, 1961, Bab III, menyebut ber­bagai nama yang dikenakan kepada kawasan Alam Melayu seperti terdapat dari sumber-sumber sastera India — Yavadvipa (pulau emas), Suvarnabhumi (tanah emas). Dari sumber-sumber China pula terdapat nama wilayah K'unlun (orang pulau). Wheatley juga menyebut peta Ptolemy dari Iskandariah pada awal kurun Masehi yang menamakan wilayah ini sebagai golden Chersonese (semenanjung emas) lalu menjadi nama bukunya sendiri.
-Seperti kata Profesor G. Coedes, “To a great extent it was undoubtedly this unity of culture that led to the Chinese to group the diverse peoples of Farther India together under the name K’un-lun.” (The Indianized States of South East Asia, 1968:9)
-Profesor D.G. Hall, dalam membincang tentang kerajaan awal di Asia Tenggara dari sumber-sumber India, Eropah dan China mendapati Funan (Lin-yi) sebagai terdiri dari ras Melayu: "The Funanese were of Malay race — in its widest ethnic sense.” (A History of South East Asia, 1964:25). Nama asal negara ini ialah B'iu-nam yakni asal gelaran rajanya. Bentuk moden perka- taan ini ialah phnom (gunung). Barangkali terdapat hubungan makna kuno di antara kata-kata phnom dengan ‘gunung’ dalam bahasa Melayu.
-Profesor R. Linton dalam membincang tentang kebudayaan Malayo- Polynesia menyebutkan bahawa, “The relative isolation of many of the islands and the general tendency of the Malayo-Polynesians to live in small, en- dogemous tribes, or even villages which avoid outside contacts, has provided an excellent opportunity for the study of the results of independent culture growth. One finds every conceivable change rung on a small series of culture themes which are present almost everywhere." (The Tree of Culture, 1958:49)
-Adat di sini membawa erti yang amat luas dan dapat dianggap sebagai makna asasi dan asal dalam kebudayaan Melayu. Lihat penjelasan lanjut mengenai berbagai-bagai lapis dan tahap makna adat dalam Moh. Koesnoe, Catatan-Catatan Terhadap Hukum Adat Dewasa Ini, 1979. Lihat juga S. Takdir Alisjahbana, 1972.
Belum ada suatu kajian mengenai Perlembagaan sebagai suatu hasil dan sumber kebudayaan meskipun hal ini sudah disedari. Justeru itu semua tafsiran lebih me'rupakan pandangan perundangan daripada rumusan tentang suatu cara hidup atau kebudayaan sebuah bangsa.
-Rukunegara adalah rumusan dari mesyuarat Majlis Gerakan Negara dan dirasmikan pada 31 Ogos 1969 sebagai asas nilai untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang padu. Lihat Ghazali Shafie, Malaysia: Nilai politik dan Budaya, ed Yahya Ismail, 1978.
-Dasar Kebudayaan adalah hasil dari Kongres Kebudayaan Kebang­saan, Ogos 1S71, di Universiti Malaya. Kuala Lumpur dan kemudian segala rumusannya diintisarikan oleh tiga konsep dasar yang diterima sebagai dasar rasmi, Lihat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Asas Kebudayaan Kebangsaan, 1973; Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan di Malaysia. KKBS 1975
-Beberapa tulisan lain mengenai kebudayaan dan kemasyarakatan dilakukan oleh gerakan Aliran (Apakah Dia Kebudayaan Nasional), sebuah risalah, 1,982: Seminar MCA (Malaysian Chinese Association) dan tulisan- tulisan Lim Kit Siang. Lihat juga Malik Munip, Tuntutan Melayu, dan Ismail Hussein, Sastera dan Masyarakat. 1975.